Ira Kazar Difitnah Guna Sihir Untuk Kahwin Dgn Syamsul, Akhirnya Syamsul Beri Penjelasan

Pengarah sensasi, Syamsul Yusof menafikan dakwaan ibunya, Datin Patimah Ismail kononnya dia terkena sihir yang dilakukan oleh isteri keduanya, Ira Kazar.

Menurut laporan mStar Online, pengarah berusia 39 tahun itu berkata, dia mendapat petunjuk selepas melakukan solat istikharah berhubung keputusannya untuk berpoligami.

“Ibu cakap saya kena sihir dan macam-macam lagi. Tapi saya buat solat istikharah. Orang cakap Ira adalah orang yang buat (sihir).

“No! Saya yang buat pilihan untuk berkahwin lagi satu. Saya lelaki dan saya ada buat (solat) istikharah. Bukan Ira yang mengganggu, tidak begitu. Saya yang buat keputusan,” katanya pada satu sidang media khas semalam.

Syamsul berkata, dia juga tidak kisah jika ibunya menyokong isteri pertama iaitu Puteri Sarah Liyana selain berharap masa akan memulihkan semula hubungan mereka.

“Tak mengapa kalau ibu saya mahu menyokong Sarah. Ini bukan permainan nak suruh sokong bini kedua, macam saya cakap ibu tak tahu cerita sebenar. Masa akan menentukan segalanya,” ujarnya.

Terdahulu, pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu menafikan dakwaan Puteri Sarah yang juga aktres bahawa dia melakukan pesetubuhan luar nikah sebelum berkahwin dengan Ira.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah yang kini berusia lima tahun.

Pada 6 Januari lalu pula, dia mengumumkan dirinya telah bernikah dengan Ira di Thailand dengan walikan bapa wanita itu, Kazar Saisi yang juga pelakon veteran.

Antara Komen Netizen,

Pernah Dengar Kuliah Dato Dr Haji Fadilah Kamsah, Dia Kata Lebih Kurang Mcm Ni. Kita Bukan Taraf Nabi Yang Bila Buat Solat Istikharah Terus Dapat Petunjuk. Istikharah Utk Kita Yg Banyak Khilaf Ni Kdang Makan Masa Bertahun2.. Itupun Kena Hati2 Sb Takut Permainan Syaitan Juga. Wallahualam.

Syamsul Yusof Nak Kawin 4 Pun Lantak Dialah ..Itu Hak Dia.Mungkin Dia Mampu ..Kita Fokus Pada Amal Ibadat Kita

Nikah Kat Siam Tu Mesti Ada Dlm Mimpi Gak Kan Lepas Buat Solat Istikharah Tu Kan?

Bila Mahu Hbis Ni …Ego Luan Tinggi Inda Mahu Kalah Antara Satu Sma Yg Lain…..Kwen 2 Inda Salah..P Bukn Mcmni Cara Nya..Lu Pikir Lah Sndiri

Sihir Ke Tak Sihir..Penyondol Tetap Penyondol ..Dah Dapat Keta Baru Senyap2 Ler..Lain La Kalau Tak Bahagia

Bukannya Isteri Ko Tu Tak Elok Orang Nya. Mak Ayah Ko.Pun Cakap Dia Menantu Yang Baik.. Ngekkkk

Orang Boleh Menilai …Ibu Sendiri Pun Kau Permainkan Jer. Ibu Tiada Dimana2 Dan Tak Boleh Dibeli Di Mana2

Sumber OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply