PENDAKWAH selebriti Da’i Syed mencuri tumpuan pengikutnya di Instagram apabila memuat naik video memperlihatkan dia sedang menangis teresak-esak ketika membuat panggilan video bersama ibunya ketika direman berhubung dakwaan melakukan jenayah seksual tiga tahun lalu.
Menerusi video tersebut, Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Jamalullail dilihat kecewa dan berada dalam keadaan tidak terurus dengan pertuduhan dihadapinya ketika itu.
Bagaimanapun, Syed meluahkan rasa syukur apabila Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Isnin melepaskan dan membebaskannya daripada tuduhan melakukan jenayah seksual terhadap seorang penganggur wanita.
Da’i Syed bersama peguamnya, Syed Amirul Edros.
Kata Syed, perjuangan tersebut berbaloi apabila maruah diri dan keluarga kini bersih daripada segala tuduhan sebelum ini.
“Alhamdulillah Ya Allah. Setelah tiga tahun saya berjuang membersihkan nama, maruah dan keluarga saya, hari ini tepat 19 Ramadan, saya dilepaskan, dibebaskan dari pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam.
“Saya kongsikan momen titik terendah saya ketika dalam tahanan dan panggilan video bersama Mama. Benarlah, ‘air hujan yang jernih turun dari awan yang gelap’,” luahnya.
Syed berkongsi perkara itu menerusi akaun Instagram miliknya pada malam Isnin yang turut memaparkan dia bersama peguam di pintu dewan perbicaraan.
Sementara itu, peguam Syed Amirul Edros yang mewakili Syed berkata, mahkamah memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie sekali gus membebaskan anak guamnya daripada tuduhan jenayah seksual.
Menerusi perkongsian di Twitter itu, Syed Amirol memberitahu seramai 18 orang saksi dipanggil memberikan keterangan sepanjang prosiding berlangsung.
Kenyataan peguam Da’i Syed.
“Setelah tiga tahun menempuh perbicaraan dan berbekalkan keberkatan Ramadan, hari ini keputusan menyebelahi anak guam Da’i Syed.
“Seseorang itu adalah tidak bersalah selagi belum dibuktikan (bersalah). Selepas tiga tahun turun naik mahkamah dan seramai 18 orang saksi pendakwaan hadir memberikan keterangan, anak guam kekal diputuskan sebagai tidak bersalah. Alhamdulillah rezeki daripada yang Maha Esa,” kongsinya.
Pada Mei 2022 Mahkamah Sesyen Petaling Jaya melepaskan dan membebaskan (DNA) Syed atas pertuduhan mencabul serta melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang penuntut kolej swasta.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.