PENYANYI dan penulis lirik Amylea Azizan kesal dengan tindakan seorang netizen membuat tuduhan tidak benar kononnya dia menyimpan minuman keras di rumah.
Menurut Amylea, 36, tuduhan itu merupakan satu fitnah berat dan menuntut individu berkenaan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka atas komen ditulis itu.
“Orang ini menuduh saya ada arak di dalam peti ais rumah saya. MasyAllah, dia respond kepada satu artikel yang menulis tentang saya yang tidak pernah minum arak.
Amylea tuntut permohonan maaf daripada dua netizen.
“Kepada siapa yang kenal dengan orang ini, saya beri masa untuk dia tampil buat permohonan maaf kepada saya sebab saya tidak akan maafkan dosa fitnah dan cuba menyebarkannya,” katanya.
Amylea berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instastory miliknya pada petang Selasa.
Bersama kapsyen luahan kesalnya itu, dia berkongsi paparan skrin komen ditulis oleh netizen berkenaan.
Menerusi komen yang dipaparkan itu, individu berkenaan menuduh penyanyi lagu Melepaskanmu ini menyimpan minum beralkohol di dalam peti ais rumahnya.
Bukan tuduhan itu sahaja, seorang lagi netizen turut menulis komen mendakwa Amylea dibesarkan di sebuah kelab malam.
“Saya juga individu ini untuk meminta maaf kepada ibu saya, dan saya bersimpati pada dia kerana tidak berpeluang untuk meminta maaf kepada arwah ibu saya.
Sebelum bercakap awak kena faham apa yang mereka telah lakukan untuk membesarkan saya.
AMYLEA AZIZAN
PENYANYI
“Sebelum bercakap awak kena faham apa yang mereka telah lakukan untuk membesarkan saya dan apa yang ayah dan ibu saya ikhtiarkan selepas itu untuk menjauhkan mereka dari terus berkerja di situ dan berjaya,” kongsinya.
Tambah Amylea, individu berkenaan sepatutnya mengambil pengajaran daripada kisah hidupnya dan bukan sekadar mencari keburukan semata-mata.
Malah dia juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman terhadap individu berkenaan.
Amylea tidak teragak-agak ambil tindakan.
“Kenapa tidak melihat kebaikan dan pengajaran tentang cerita saya, tapi hanya mencari keburukan. Adakah semua datang dari dunia yang tidak cerah akan berakhirnya gelap? Dan yakinkan kamu di besarkan tidak diuji begini akan diterima ibadahnya.
“Siapa kamu untuk berkata begitu lagi sekiranya Allah menerima taubat?
“Saya masih berfikir untuk saman fitnah ini tapi saya beri masa untuk diri saya dan orang ini untuk muhasabah. Semoga Allah beri jawapan yang terbaik. Dia patut tahu dia boleh lukakan hati saya tapi bukan ibu saya,” ujarnya.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.