[Video] Ramai Terpegun Iqbal Zulkefli Selamba Sambung Baca Surah, Rupanya Sejak Umur 14 Tahun…

RAKAMAN video memperlihatkan usahawan sensasi Ahmad Iqbal Zulkefli menyambung bacaan ayat suci al-Quran menarik perhatian netizen di media sosial.

Menerusi perkongsian di Instagram, ramai tidak menyangka Iqbal mampu membaca surah al-Insan dengan lancar tanpa perlu melihat al-Quran.

Menurut Iqbal, 29, dia mula menghafal surah al-Quran pada usia 14 tahun dan masih mengingatinya sehingga kini.

iqbal 0.1

Bacaan al-Quran Iqbal lancar buat netizen terpegun.

“Pertama kali orang terjah saya tanya soalan ini. Jangan risau diri saya tidak penah hilang. Sama seperti dulu.

“Kali terakhir saya hafal surah al-Insan pada usia 14 tahun dulu. Saya sangka saya lupa rupanya ia masih kuat berjalan dalam kepala saya,” katanya.

Bukan itu sahaja, individu dalam video berkenaan turut memuji Iqbal yang tenang menyambung ayat yang diberikannya.

Malah di akhir video tersebut, Iqbal juga sempat mengingatkan orang ramai agar sentiasa mengingati Allah dalam kehidupan harian.

“Dalam tengah kontroversi, kita ingat Tuhan,” luahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut kagum melihat bacaan al-Quran Iqbal.

Malah, ada yang mengusik Iqbal bakal membimbing isteri dengan baik kelak.

Iqbal 5

Iqbal mula hafaz al-Quran sejak usia 14 tahun.

“Terbaik semoga satu hari nanti dapat bakal isteri yang boleh diberikan didikan agama, tak perlu cari yang sempurna.

“MasyaAllah, terpegun saya… santai saja Iqbal baca surah al-Quran.

“InsyaAllah, Iqbal boleh pimpin Inspektor Sheila dengan baik selepas ini,” tulis netizen.

Sumber Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply