Pempengaruh media sosial berasal dari Korea Selatan iaitu Maryam Younarae kini semakin menempah nama dalam industri Malaysia selepas terlibat dalam filem, Mat Tudung Begins.
Isteri kepada Ryzal Ibrahim itu berkata jika tidak kerana suami yang mengajarnya untuk menghasilkan konten dalam media sosial tentu namanya tidak dikenali seperti hari ini.
Namun, Maryam mengakui ada sesetngah pihak yang kurang senang dengan populariti yang diraih sehingga menuduh suaminya mempergunakannya demi kepentingan sendiri.
Ramai menuduh Ryzal mengerah tenaga dan memaksa saya membuat macam-macam untuk kesenangan.
Jelasnya lagi, jika tidak kerana suaminya mungkin sehingga hari ini dia masih menjadi seorang penjual roti.
Adatlah pasangan yang berkahwin saling menggunakan satu sama lain. Bagi saya, ini adalah situasi menang-menang.
Dalam pada itu, Maryam berkata dia tahu masih ramai pasangan yang berkahwin campur namun tidak menjadi perhatian seperti dirinya kerana tidak mempunyai bakat.
Jadi, apa salahnya saya menggunakan bakat yang ada dan inilah rezeki kami.
Sumber BN.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.