(TAHNIAH) Hanya 3 Bulan Bercinta, Cat Farish & Shikin Maembong Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz!

Penyanyi, Cat Farish atau nama sebenarnya Farish Ramli telah selamat bernikah dengan wanita pilihannya, Shikin Maembong dengan sekali lafaz.

Pasangan sejoli itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Ibnu Abbas Taman Ibu Kota Kuala Lumpur dan berwalikan bapa pengantin perempuan, Ismail Maembong.

Kakak kepada pelakon Emma Maembong itu dilihat tidak dapat menahan air mata sejurus sah bergelar isteri kepada penyanyi itu.

cat

Bukan itu sahaja, Shikin turut ditemani anak perempuannya dan tiga anak Cat hasil daripada perkahwinan terdahulu di atas pelamin.

Difahamkan, majlis pernikahan itu diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan kenalan rapat daripada kedua-dua pihak.

Info tambahan, ini merupakan perkahwinan ketiga selepas Cat dan Shikin masing-masing pernah dua kali gagal dalam perkahwinan mereka.

Sumber BN

Be the first to comment

Leave a Reply