Masih Ingat Iklan Merdeka 17 Tahun Dahulu? Ini Gambar Terbaru Pelakon Tersebut Buatkan Ramai Tergamam, Tak Sangka Gadis Itu Sekarang..

Kuala Lumpur – Setiap kali menjelang sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia pasti akan ada iklan yang menarik mengenai hari bersejarah tersebut.

Umum mengetahui tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat dan bersejarah buat Malaysia setelah negara berjaya mencapai kebebasan dari menjadi j.ajahan British. Sepanjang tempoh ini juga pelbagai iklan berkaitan merdeka telah dihasilkan.

Tidak dinafikan iklan-iklan ini dihasilkan bagi menanam semangat p.atriotik dalam diri setiap individu selain membawa mesej bermakna buat penonton.

Namun, masihkah anda ingat mengenai sebuah iklan yang bertajuk ‘Tan Hong Ming Dilamun Cinta’ yang pernah ditayangkan sekitar tahun 2007?.

Iklan berdurasi satu minit 32 saat itu adalah sentuhan Allahyarhamah Yasmin Ahmad yang diambil daripada perspektif kanak-kanak kecil mengenai persahabatan tidak kira berlainan bangsa atau agama serta menyimpan mesej tentang semangat perpaduan di Malaysia.

Susulan daripada itu, iklan tersebut berjaya mencuri hati rakyat Malaysia kerana kecomelan murid sekolah rendah iaitu Tan Hong Ming yang dalam diam menyimpan perasaan terhadap rakan baiknya, Ummi Khazriena.

Menerusi video yang dimuat naik oleh teman lelaki pelakon iklan itu, Addin Danial di TikTok, berkongsi kehidupan Ummi yang kini sudah dewasa serta menjadi seorang gadis yang ceria dan cantik.

Reaksi Orang Ramai

Mesti perempuan tu pernah dikec.ewakan hinggakan dia berubah sebegitu sekali.

Dulu belum cukup gigi memanglah tak comel. Sekarang semua gigi dah tumbuh so cantiklah.

Ni kalau dpt kat budak tiktok dia buat vedio. dengarkan lah disepanjang malam aku berdoa,bersujud dan lalu aku meminta semoga kita bersama.

Patut amik la gmbr dgn posing yg sama masa kecik ikat rambut, warna rambut hitam, gaya senyum sama, baru betul.

Kredit : OB/HM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply