Tayang Foto Anak Dara Di IG, Ramai Nak Jadi Menantu Fiza Halim, Tak Sangka Cantik Betul Anak-Anak Fiza!

Sebagai seorang public figure, pastinya perkongsian Fiza menarik perhatian peminat dan warga net. Rata-rata mereka yang melihat perkembangan terbaharu Fiza memuji penampilan selebriti berkenaan dan antara yang paling mencuri tumpuan tentunya dua anak gadis Fiza yang kian meningkat dewasa.

Feera Aryanna Ahmed Farriq kini meniti usia 13 tahun sementara adiknya, Feeya Adyrra Ahmed Farriq pula berusia 12 tahun. Mengintai wajah terbaru Feera dan Feeya, masing-masing memiliki tarikan tersendiri. Feera misalnya dikurniakan kulit putih kemerahan manakala Feeya pula mempunyai rupa paras manis menawan.

Tidak kurang juga cahaya mata Fiza hasil perkahwinannya bersama bekas suami Aizat Al Jefri iaitu Siti Aleena Adra atau lebih dikenali sebagai Baby Aleena.

Seperti kakak-kakaknya, Baby Aleena yang dilahirkan pada 24 September 2018 juga tidak terkecuali mendapat perhatian kerana kecomelan yang dimiliki. Berkongsi perkembangan
Aleena, Fiza pernah mendedahkan, anak ketiganya ini makin bijak dengan telatah comelnya.

Ditanya bagaimana penerimaan kedua-dua kakaknya sejak kehadiran Aleena, aktres ini memberitahu mereka dalam keadaan baik. “Syukur alhamdulillah, mereka dibesarkan dalam keluarga yang baik. Jadi semua tak ada masalah langsung. Ferra Aryanna dan Feeya Adyrra sayang sangat-sangat dengan Baby Aleena. Kalau tak video call sehari tak sah. Wajib VC!

Saya bersyukur Baby Aleena dikelilingi oleh ramai kakak-kakak dan adik-anak yang sayangkan dia. Dia memang rapat dengan kakak dia termasuklah dengan anak baru (bekas suami pertama). Mereka sayang dengan Baby Aleena. Kalau VC tu, semua nak cakap dengan Baby Aleena, siap mereka reka cipta lagu BABY ALEENA untuk dia lagi. Panggil saya pun mummy.

Jadi saya tak rasa kekok langsung malahan saya lebih happy sebab macam saya punya ramai anak. Lepas ni kalau keluar, pasti ramai yang confuse berapa orang anak saya,” ujarnya sambil ketawa.

Tambahnya lagi, “Jujur saya katakan, saya memang suka budak-budak dan sayang anak-anak syurga ni. Saya happy bila semua panggil saya mummy dan kami seumpama satu family. Saya pun kerap berulang-alik dan rapat dengan semua. Jadi saya rasa sayalah wanita yang paling bertuah dan beruntung sebab mempunyai hubungan sebegini. Syukur sangat-sangat.”

Lawa macam ibu

 

 

 

Walaupun usia mereka baru mencecah 13 dan 12 tahun, Feera dan Feeya dilihat sudah mempunyai aura tersendiri yang mampu membuatkan orang ramai terpikat dan menoleh dua kali. Kedua-dua mereka turut mewarisi kecantikan ibu tersayang yang pernah menganggotai kumpulan penyanyi wanita terkenal era 90an, Elite.

Buat pengetahuan korang, Feera dan Feeya merupakan zuriat hasil perkahwinan pertama di antara Fiza dan bekas suami iaitu Ahmed Farriq Zainul Abidin.

Anak dara dah besar

Di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat memuji kecantikan yang dimiliki oleh Feera dan Feeya. Di samping itu, ada juga yang sempat berseloroh dan meluahkan hasrat mahu menjadi menantu.

Selain Feera dan Feeya, Fiza turut mempunyai seorang lagi cahaya mata iaitu Aleena. Aleena merupakan anak hasil perkahwinan ketiga Fiza dan bekas suami iaitu Aizat Al Jefri.

Bagi saya, ini adalah ujian dan bahagian saya. Saya reda dan pasrah dengan semua ketentuan yang sudah pun tertulis pada lukisan hidup saya. Hidup perlu diteruskan. Saya hanya manusia biasa dan seorang hamba yang lemah dan sering melakukan kesilapan.

Tiada seorang wanita pun di dunia ini inginkan perpisahan. Tapi qada dan qada’ dari Allah tak siapa tahu. Takkan mungkin seorang ibu sanggup berjauhan dari anaknya. Sedih saya siapa tahu?

Hari ini Allah makbulkan doa saya untuk bertemu dengan nyawa saya ini (Baby Aleena). Terima kasih Allah di atas kegembiraan ini dan nikmat yang Kau hadirkan. Kesabaran yang cukup bermakna. Jika kita jatuh kerana manusia, bangunlah kerana Allah.”

Moga Fiza terus tabah mengharungi liku-liku kehidupan di samping anak-anak tersayang

Sumber: Fiza Halim

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply