“Saya Perlu Tanggung Semua Kos” – Anak Hidap Jantung Berlubang, Kak KM Kesal Terlambat..

Usahawan kosmetik yang juga anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri, Liana Rosli semalam mengumumkan perkhabaran sedih apabila anak ketiganya disahkan menghidap penyakit jantung berlubang.

Liana yang lebih dikenali sebagai Kak KM itu pada mulanya ingin memohon insurans buat Rania dan perlu melalui pemeriksaan kesihatan namun keputusannya berubah menjadi mimpi ngeri.

Baru-baru ini saya mahu mengambil insurans kesihatan untuk Rania tapi sebelum itu kami perlu membuat pemeriksaan kesihatannya terlebih dahulu.

Lubang pada bahagian jantungnya sudah membesar dan terus dirujuk ke hospital. Jadi tanpa sebarang perlindungan insurans, saya perlu tanggung segala kos rawatan yang dibuat.

Dalam video yang dimuat naik Liana, kelihatan dia menangis teresak-esak selain memohon doa orang ramai agar kesihatan anaknya itu bertambah baik.

Dia terpaksa menerima rawatan ujian tiub selama tiga jam dan kini sedang menunggu laporan doktor untuk rawatan seterusnya.

Apa yang membuatkan saya sedih apabila doktor memberikan ubat bius dan dia terus tak sedarkan diri. Kaki saya terus rasa lembik macam nak pengsan.

Difahamkan, semenjak Rania lahir, doktor telah memaklumkan bahawa dia mempunyai masalah injap jantung berlubang namun hanya menunjukkan simptom jelas seperti kesukaran bernafas apabila meningkat dewasa.

Sumber BN

Be the first to comment

Leave a Reply