Kelibat Ular Sawa ‘Gergasi’ Di Kawasan Perumahan Elit Shah Alam, Penduduk Setempat Sempat Rakam Reptilia Menjalar Depan Mata – “Dah Macam Dalam Movie Anaconda”

KELIBAT seekor sawa gergasi yang didakwa ditemui sekitar kawasan Elmina, Shah Alam, menggemparkan penduduk setempat.

Difahamkan, video yang memaparkan reptilia tersebut sedang menjalar di kawasan berbukit dirakam oleh penduduk setempat.

Ia kemudian dikongsikan di laman Twitter pemilik akaun @yayaaazmi pada Sabtu.

“Ular sawa/anaconda jumpa dekat area Elmina. Recorded by one of the residents (Dirakam oleh salah seorang penduduk) dan posted (dikongsikan) dalam group community Denai Alam.

“Seram weh besar macam ini, bukan setakat orang ni, lembu kambing pun dia telan ni,” demikian kapsyen pada ciapan tersebut.

Menerusi video berkenaan, reptilia tersebut dianggarkan sepanjang lima hingga enam meter.

Dalam ciapan yang sama, individu yang memuat naik video berkenaan berkata tiada perkembangan lanjut mengenai penemuan reptilia berkenaan setakat ini.

Sementara itu menjengah ruangan komen, seorang pengguna Twitter mengesahkan kesahihan penemuan reptilia berkenaan.

“Betul…. Budak-budak basikal pun nampak semalam. Di Elmina Green katanya,” tulisnya.

Sementara itu, rata-rata pengguna lain melahirkan kebimbangan memandangkan reptilia tersebut ditemui berdekatan taman perumahan dan kawasan riadah.

“Dahsyat. Besar sangat ni mat. Dah macam dalam movie Anaconda dah saiz dia tu. Ni manusia dia boleh telan ni. Tengok kepala dia tu besar mana.

“Elmina ni kawasan sawit… time saya kecik kawasan Elmina tu pokok je. Elmina pun tengah nak buat belah baru… jadi habitat ular sawa terancam. Hope dapat settle secepat mungkinn, besar ni,” komen netizen.

Video,

Sumber Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply