Bell Tunai Manifesto Awal! Tapi Ada Sesuatu Yang Dia Pesan!

Kuala Lumpur: Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH ke-35 (ABPBH35), Bell Ngasri memohon maaf apabila dia tidak dapatkan menunaikan janji manifestonya selepas dia memenangi kategori itu, Jumaat lalu.

Bell yang juga dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH35 berkata, dia tidak menyangka janjinya untuk belanja makan tengah hari di bulan Ramadan yang dibuat secara bergurau dan spontan itu dipandang serius sesetengah pihak.

“Manifesto yang digunakan untuk berkempen itu adalah cadangan daripada rakan, tetapi saya tidak menyangka ia dipandang serius pula. Saya anggap ia sekadar gurauan saja.

“Apabila dijadikan sebagai manifesto kempen, saya berpendapat takkan mereka hendak makan ketika bulan puasa. Namun, saya tidak menyangka dan terlepas pandang ada dalam kalangan pengundi saya bukan beragama Islam.

“Jadi, saya termenung sekarang ini kerana tidak tahu bagaimana hendak memberikan maklum balas. Saya memang tidak sangka sebenarnya,” katanya.

Pempengaruh media sosial popular berbangsa India, Dr Malar Santhi antara yang menuntut Bell membelanjanya makan tengah hari pada bulan Ramadan.

Dalam pada itu, Bell berkata, dia mengambil ikhtibar untuk membuat lawak pada masa akan datang.

“Saya meminta maaf, namun saya bukan berkecimpung dalam bidang politik. Saya berada dalam bidang hiburan dan apa yang saya buat untuk menghiburkan anda semua saja.

“Tidak ada pun saya terfikir untuk merealisasikan apa yang dijanjikan dengan betul. Namun saya menjadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran untuk membuat lawak,” katanya.

Video Bell Belanja,

Sumber BN.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply