PERSONALITI media sosial Ubai memaklumkan ibunya iaitu Rohani Jamal kini ditidurkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada Isnin.
Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, berkata, ibunya sebelum ini sudah menunjukkan kemajuan selepas menjalani lima kitaran radioterapi, namun pada pagi Isnin tahap kesihatannya tiba-tiba menurun.
“Sepatutnya ibu melalui enam kitaran kimoterapi tetapi hanya sempat buat lima dan berlakunya pendarahan pada rahim..
Perkongsian Ubai di Instastory miliknya.
“Selepas berlaku pendarahan itu, doktor cadangkan untuk buat lagi lima radioterapi dan Alhamdulillah kelima-lima kitaran itu sudah juga diselesaikan.
“Pada mulanya, selepas rawatan radioterapi itu ibu nampak okay cuma tiba-tiba pagi tadi doktor kata tahap kesihatan ibu tidak stabil dan ambil keputusan untuk tidurkannya,” katanya ketika dihubungi mStar.
Dalam pada itu, tunang kepada penyanyi Shila Amzah itu juga memberitahu selepas ini ibunya perlu menjalani semula enam kitaran kimoterapi dengan menggunakan ubat-ubatan yang lain.
Ubai turut memohon pengikutnya mendoakan ibunya diberikan kesembuhan dan kekuatan bagi melawan penyakitnya itu.
Sepatutnya ibu melalui enam kitaran kimoterapi tetapi hanya sempat buat lima dan berlakunya pendarahan pada rahim.
UBAI
PERSONALITI MEDIA SOSIAL
“Disebabkan dia (ibu) terlalu sakit, jadi doktor mengambil langkah untuk mengawal dengan menidurkan dia.
“Doktor mahu ibu untuk beri dia berehat. Untuk rawatan seterusnya nanti, mungkin ibu perlu buat semula kimoterapi sebanyak enam kitaran dengan ubat yang berlainan… tetapi dia perlu mula dengan kitaran pertama semula.
Ubai memaklumkan keadaan terkini ibunya.
“Saya hanya mahu minta orang ramai supaya mendoakan kesihatan ibu saya supaya dia kembali sihat dan terus kuat untuk melawan penyakitnya itu,” katanya.
Pada 8 Julai, ibu Ubai dimasukkan ke hospital PPUM susulan mengalami pendarahan pada bahagian rahim.
Kata Ubai, keadaan ibunya itu susulan disahkan menghidap kanser ovari tahap tiga dan sudah pun melakukan pembedahan membuang orgran berkenaan pada Januari lalu.
Sumber Mstar.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.