“9 Bulan Tak Sentuh…”- Ini Rupanya Rahsia Anne Ngasri!

Siapa masih ingat dengan aktres Anne Ngasri?

Walaupun Anne Ngasri jarang muncul di kaca televisyen, dia masih lagi aktif dalam bidang seni tau. Dan penampilannya yang terkini membuatkan Miss Murai terkejut selepas mengetahui usianya yang sebenar. Mana taknya, dengan wajah yang awet muda dan berbadan langsing membuatkan Anne seolah-olah bukan wanita di akhir 30-an.

Buat kamu yang tidak tahu, penampilan Anne langsung tak berubah sejak zaman mudanya. Memiliki badan yang petite dan wajah awet muda, Anne berkongsikan rahsia kecantikan yang diamalkannya sejak baru-baru ini…

Nampak Macam Remaja, Ini Rahsia Cantik Sebenar DATIN ANNE NGASRI Dalam Usia 37 Tahun - Nona

Katanya sudah 9 bulan tak sentuh nasi 

Menurut Sinar Plus, Anne mendedahkan yang dirinya hanya amalkan ‘rahsia’ ini untuk kekal awet muda dan langsing pada usia 39 tahun iaitu dengan mengelakkan daripada makan nasi.

“Sebelum ini saya pernah tampil dalam sebuah drama, waktu itu saya rasa diri gemuk sangat. Jadi saya cuba berdiet. Maklumlah sekarang usia makin meningkat, jadi saya kena jaga diri. Saya kurangkan pengambilan nasi dan lebihkan minum air putih.”

Bila ditanya berapa lama tidak memakan nasi, Anne mengatakan yang dia sudah sembilan bulan tidak menjamahnya. Sebagai gantinya, Anne hanya mengambil protein seperti ayam, ikan hingga ke sayur. Dan hasil daripada mengamalkan diet ini, Anne berjaya menurunkan berat sekitar 11 kilogram sepanjang 9 bulan tersebut.

Sekadar info, mengurangkan pengambilan nasi boleh mengelakkan diri kita daripada risiko alahan, obesiti, sembelit dan memastikan paras gula dalam darah terkawal.

Rezeki jodoh kedua Anne Ngasri - BebasNews

Selamat beramal ~

Sumber BN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply