Isteri kepada penyanyi dan penyampai radio Mawi, Ekin memaklumkan dirinya mengalami tekanan dan mental breakdown apabila diajukan soalan mengenai rumah tangga mereka. Hal itu susulan daripada ketiadaan Ekin ketika majlis pelancaran filem Hantu Kuat Ketawa yang berlangsung di ibu kota pada minggu lalu.
“Bagi sahabat-sahabat yang ramai bertanya kenapa Ekin awak ok ke tak?? terima kasih bebanyak ok.
Cerita dia yang buat Ekin stress dan mental breakdown tu bila ramai yang DM dan tanya ‘kenapa tak nampak ekin kt majlis pelancaran Hantu Kuat Ketawa aritu?? ada masalah rumahtangga ke?? dah tak sefahaman dgn mawi ke?? gado ke? pisah ke?? Allahuakbar,” maklum Ekin menerusi hantaran video di Instagram.
Dedah Ekin, hakikat sebenar yang berlaku apabila anak-anaknya diuji positif virus CVDI9 dan mereka sekeluarga terperangkap untuk menjalani proses kuarantin di Johor Bahru. “Sebenarnya nak dijadikan cerita beberapa hari kami diuji dengan anak-anak semua positif covid kat Johor Bahru dan kami semua stuck terpaksa quarantine kat sini..
“Mental breakdown sangat-sangat dan stress jaga anak-anak kecil yang meragam menangis sakit kene CVDI9 ni Allah je yang tau, camana pun majlis kene diteruskan. “Pastu bila ada pulak kata-kata ftnah nak cakap macam-macam tanpa siasat, benda camni bole buatkan kita lagi down. So pada yang cakap macam-macam tu pleaselah stop it,” tegasnya.
Ekin atau nama sebenarnya Nora’Asikin Rahmat telah berkahwin dengan Mawi pada 20 Disember 2008 dan mereka dikurniakan seorang anak bernama Cahaya Malaika, 10 tahun. Sumber: Gempak
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.