Patut Lama Tak Keluar TV, Penampilan Terkini Preity Zinta Mngejutkan Rmai, Ini Yang Dia Buat Sekarang Rupanya!

Aktres cantik Bollywood, Preity Zinta kini gembira menjalani aktiviti bercucuk tanam di rumah.

Menerusi tinjauan Gempak di akaun Instagram miliknya, Preity Zinta yang agak lama tidak muncul dalam filem terbaru berkongsi tentang tanamannya seperti herba, sayuran, dan buah-buahan.

Menurut pelakon filem Kal Ho Naa Ho itu, antara faktor dia gemar bercucuk tanam adalah disebabkan masalah perubahan iklim dan pemanasan global yang melanda dunia.

” Di sini saya tanam pokok Himalayan Cedar kerana perubahan iklim dan pemanasan global memberi impak kepada kita semua.

” Sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menyumbang kembali kepada alam sekitar agar generasi akan datang dapat menikmati keindahan alam dan udara bersih seperti yang kita rasai ketika membesar,” kongsinya.

Baru-baru ini, Preity Zinta juga kembali ke ladang epal tanaman keluarganya untuk melihat dan kembali merasai pengalaman di sana seperti waktu dia membesar.

” Saya sangat seronok melihat pokok epal setelah sekian lama, sebaik sahaja hujan berhenti, saya berlari keluar dan buat video ini.

” Kembali ke ladang keluarga kami membuatkan saya emosi, saya membesar bersama atuk, nenek bersama Rajinder Mamaji dan Uma Mamiji.

” Kami melalui kenangan yang indah ketika saya membesar di sini. Musim epal sangat istimewa,” coretnya juga di Instagram.

Perkongsian Preity Zinta sering mendapat respon positif daripada warganet yang mengikuti perkembangannya.

Preity mula menjadi petani sejak 2019 dan bergabung dengan komuniti pertanian apel di Himachal Pradesh. Selain bercucuk tanam di halaman rumahnya dia juga menanam rempah-rempah, sayuran, serta buah-buahan.

Preity Zinta berkahwin dengan suaminya Gene Goodenough yang berasal daripada Amerika Syarikat pada tahun 2016.

Antara filem terakhir lakonan Preity Zinta adalah Bhaiyaji Superhit yang dilancarkan pada tahun 2018.

Sumber  BN.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!` //

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply