BOLEHKAH anda bayangkan, rakan ketika kecil akhirnya bertukar menjadi ibu tiri?
Itulah situasi yang dialami oleh seorang gadis bernama Silva Nabila Dwi Andini dari Bandung, Indonesia.
Dalam video yang dimuat naik di laman TikTok, remaja perempuan berusia 19 tahun itu berkongsi momen dirinya bersama bapa dan ibu tiri yang juga rakannya ketika majlis perkahwinan.
Menurut Silva, 19, dia dan rakannnya pernah menuntut di sekolah yang sama namun belajar di kelas berlainan.
“Sebelum ini, bapa kepada pengantin perempuan (kawan) bekerja dengan ayah saya.
“Ayah saya kebetulan seorang kontraktor projek. Bapa rakan saya ini sering membawanya ke tempat kerja juga… kebetulan kami sebaya.
“Pendek cerita, kami berdua berkawan dan sering bermain bersama ketika kecil,” kata Silva.
Malangnya, Silva berkata, persahabatannya dengan wanita yang kini menjadi ibu tirinya terputus seketika sehinggalah mereka bertemu semula di sekolah menengah namun tidak sering bertegur sapa kerana berlainan kelas.
Anak bongsu daripada dua beradik itu terkejut apabila mendapat tahu bapanya ingin berkahwin dengan rakan sekolahnya itu, namun tetap merestuinya.
Silva juga berkata jarak usia antara bapa dengan sahabatnya itu sekitar 33 tahun. -Tribunnews
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.