Penyanyi Shila Amzah akhirnya buka mulut dan memberikan respon mengenai perceraian orang tuanya, Datuk ND Lala dengan Fauziah Sarman.
Ujar Shila, dia berharap orang ramai di luar sana mendoakan kebahagiaan pasangan itu dan mengakui dirinya sebagai anak pun tidak mampu untuk memaksa mereka untuk terus bersama.
Anda semua janganlah risau akan mak saya, doakan yang baik-baik. Sebab pada akhirnya, orang nak bercerai ke, kahwin ke, itu semua jodoh.
Kita sebagai anak takkan nak paksa mereka bersama. Anak-anak semua sudah besar. Suka hati merekalah nak buat apa. Nak cari kebahagiaan masing-masing. Lantaklah mereka. Pergilah cari masing-masing punya kebahagiaan.
Tambah isteri kepada pensohor media sosial Ubai Mz ini, sebagai anak sudah pasti dia berasa sedih dengan berita perceraian itu.
Tipulah kalau anak-anak tak sedih tapi pada masa sama, kami pun serabut tengok mereka bergaduh.
Jadi lantaklah mereka. Memang tak boleh nak buat apa, kalau setakat itu, setakat itu sahaha (jodoh) mereka sudah cuba.
Terdahulu, Fauziah berkongsi bahawa dirinya sudah diceraikan penyanyi itu menerusi sebuah hantaran di Instagram bagi mengelakkan fitnah di kemudian hari.
Dalam hantaran tersebut, Fauziah memaklumkan bahawa ND Lala telah melafazkan talak terhadapnya di Masjid Ar Rahman pada 2 Ogos lalu dan dimaklumkan bekas suami menerusi aplikasi Whatsapp pada Selasa lalu.
Sumber BN.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.