“NAMA saya Mohammad. Saya adalah hamba Allah.”
Demikian kata-kata yang dituturkan penumpang lelaki yang mencetuskan gangguan dalam penerbangan pesawat Malaysia Airlines MH122, tengah hari Isnin.
Tindakan mencurigakan penumpang lelaki tersebut menyebabkan pesawat yang dalam perjalanan dari Australia ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Sydney.
Menerusi video yang tular di Twitter, dipercayai dirakam oleh individu yang didakwa berada di dalam penerbangan yang sama, penumpang berkenaan yang botak dan berjambang serta berbaju kurta kedengaran turut menyoal penumpang lain sehingga menimbulkan suasana tegang.
“Adakah kamu hamba Allah? Katakan… katakan!” tuturnya di dalam bahasa Inggeris.
Beberapa kru penerbangan turut dilihat menenangkan lelaki berkenaan kerana bimbang tindakannya yang menggugat keselamatan penumpang lain.
Dalam klip video berasingan pula, penumpang lelaki berkenaan juga dilihat sedang bersolat di laluan antara tempat duduk penumpang, dengan kru penerbangan mengawasi keadaan.
Pemilik akaun Twitter yang membuat perkongsian tersebut dalam pada itu turut melontarkan pujian kepada kru penerbangan kerana berjaya mengawal situasi dan memastikan keselamatan penumpang lain sebelum pihak berkuasa tiba.
Sementara itu memetik kenyataan daripada Australian Federal Police (AFP), penumpang lelaki berusia 45 tahun itu berjaya diberkas dan dibawa keluar daripada pesawat, sebaik mendarat.
Kru penerbangan MH122 cekap mengendalikan situasi sehingga pihak berkuasa tiba dan memberkas penumpang lelaki berkenaan.
Terdahulu, media melaporkan penerbangan pesawat Malaysia Airlines MH122 yang berlepas dari Sydney, Australia ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik berikutan seorang penumpang lelaki mencetuskan gangguan ketika berada di dalam pesawat.
Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Sydney pada pukul 1.40 petang Isnin (waktu tempatan) tetapi berpatah balik semasa berada di New South Wales, sebelum mendarat semula di lapangan terbang berkenan pada pukul 3.47 petang.
Malaysia Airlines dalam kenyataan memaklumkan, keputusan untuk berpatah balik dibuat atas faktor keselamatan.
“Keselamatan dan keselesaan kru serta penumpang kami adalah paling penting bagi Malayisa Airlines,” katanya sambil menambah, pihak berkuasa tempatan sedang menilai situasi tersebut.
Untuk makluman, pesawat berkenaan membawa 194 penumpang dan lima anak kapal.
Video,
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.