Tular Video Remaja Dibuli, 7 Remaja Ditahan, Polis Akhirnya Dedah Punca Kena Pukul Sebab Ini Rupanya!

KEJADIAN buli dan gaduh melibatkan remaja semakin berleluasa meskipun tindakan perundangan terhadap pelaku didedahkan pihak media.

Terkini, video seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dipukul dan disepak sekumpulan remaja lain menjadi tular selepas dikongsikan seorang pelayar Twitter.

“Lagi kes buli, kali ini budak yang kena buli tu anak kawan mak aku… memang c*****,” ciapnya ringkas.

Berdasarkan rakaman video, penyerang mengenakan seragam latihan bagi kadet polis.

Ciapan asal yang dibuat seorang pelayar Twitter.

Ciapan asal yang dibuat seorang pelayar Twitter.

Bukan itu sahaja, pelayar Twitter terbabit turut mendedahkan bahawa remaja berkenaan telah lama menjadi mangsa buli malah dikatakan baru sahaja pulih daripada kanser.

Perkongsiannya itu mendapat perhatian warga maya dengan kebanyakannya meluahkan rasa marah berhubung insiden yang berlaku.

“Kalau anak aku, siap satu-satu aku masukkan dalam guni dan tinggalkan kat kubur biar insaf.

“Sebab itu pentingnya belajar silat… mana-mana yang dah ada anak nanti, hantarkan anak pergi belajar silat.

Suspek adalah enam remaja lelaki tempatan dan seorang remaja lelaki warga asing semuanya berusia antara 14 hingga 17 tahun.

KETUA POLIS DAERAH JOHOR BAHRU SELATAN

“Apabila kena tindakan, mak masing-masing meroyan, yang saudara pula akan back-up.

“Minta mak ayah remaja ni pukul anak masing-masing. Jangan perangai macam b****** rasa besar sangat nak buli orang,” luah beberapa warga maya.

Kejadian yang berlaku itu turut mendapat perhatian pihak polis.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek utama tidak berpuas hati dengan mangsa yang dipercayai berkawan dengan teman wanitanya.

Antara komentar warga maya.

Antara komentar warga maya.

“Polis mengesahkan kejadian itu selepas menerima laporan polis pada jam 4.09 petang semalam oleh mangsa yang mendakwa dia dipukul, ditendang, dipijak, disepak dan ditumbuk beberapa kali di perut, belakang badan, paha serta lengan kiri dan kanan.

“Suspek adalah enam remaja lelaki tempatan dan seorang remaja lelaki warga asing semuanya berusia antara 14 hingga 17 tahun.

“Kejadian dipercayai berlaku di tempat awam dekat kawasan Taman Bestari Indah di sini, jam 3 petang 9 Ogos lalu dan pengadu mengalami cedera lebam di bahagian lengan kiri dan kanan, bengkak di bahagian peha sebelah kanan dan mengalami kesakitan di keseluruhan tubuh badan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, antara jam 5.30 petang hingga 9.34 malam semalam, polis menyerbu enam lokasi berbeza di sekitar daerah ini.

“Hasil serbuan berjaya menahan enam suspek lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warga asing.

“Kita turut membuat beberapa rampasan iaitu sehelai jersi warna biru, tiga helai t-shirt lengan panjang warna biru gelap, sehelai t-shirt lengan pendek warna hitam dan sebuah telefon bimbit,” katanya.

Menurut Raub, tujuh suspek dibawa ke Mahkamah Majistret untuk mendapatkan tempoh reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 kanun keseksaan.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse menyeru ibu bapa supaya sama-sama berganding bahu untuk menangani masalah buli dalam kalangan pelajar sekolah.

Sumber Mstar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply