Baru Seminggu Cerai Diana Danielle Dah Temui Pengganti Pegang Tangan, Terungkap Siapa Sebenarnya!

Pelakon, Diana Danielle mengejutkan ramai selepas kongsi beberapa foto memegang tangan seseorang ketika berada di sebuah restoran.

Bekas isteri aktor Farid Kamil ini memuat naik hantaran yang telah menimbulkan pelbagai reaksi netizen sehingga disyaki telah menemui pengganti selepas bercerai.

“Pov: You are on a date with me,” tulisnya serta menulis akaun Instagram tiga rakannya lain di ruangan kapsyen seakan memberi tanda mereka keluar bersama.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut melihat hantaran tersebut, malah ramai juga mempersoalkan Diana seakan melanggar tempoh iddahnya.

Rakan selebriti, aktres Puteri Sarah juga sempat meninggalkan komen yang mengusik Diana nakal dengan sengaja mencipta content sedemikian.

“Buat hal eh,” tulis Puteri Sarah.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, segelintir netizen mempertahankan Diana atas dakwaan telah mencari pengganti itu.

Ramai dalam kalangan mereka berkata Diana berada di restoran tersebut bersama tiga rakannya yang lain.

Meninjau di hantaran Instagram Story milik Diana, dia berkongsi sebuah video pendek bersama rakannya yang merupakan individu memegang tangannya dalam foto tersebut sekaligus menepis dakwaan sudah menemui pengganti.

Sekadar info, Farid dan Diana sah bercerai talak satu pada 10 Ogos lalu secara online.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Artikel Berkaitan: Diana Danielle Nafi Lagu Bersama Dengan Rindu Ditujukan Buat Farid Kamil – “Saya Bukan Nak Ambil Kesempatan…”

Sumber Xtra.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply