BALU Allahyarham Abam mendedahkan pelawak dan pelakon Ali Puteh masih belum membayar hutang sebanyak RM76,000 seperti dipertintahkan mahkamah susulan kalah kes saman fitnah pada tahun lalu.
Nor Hidayah Mohd Ali berkata, sehingga kini dia masih belum menerima sebarang bayaran daripada bekas adik iparnya itu dan mengingatkan Ali untuk berbuat demikian.
Kata Hidayah, dia terpanggil untuk menuntut hutang selepas terbaca laporan sebuah portal berita tentang perniagaan diusahakan Ali ketika ini mendapat sambutan ramai.
“Baguslah (perniagaan maju) tapi duit saya menang saman dari 18 Februari 2022 sampai ke hari ini masih belum bayar dan jangan buat-buat lupa ya.
Perkongsian Hidayah di Instagram miliknya.
“Dah bulan Ogos masih tak bayar lagi sampai sekarang, jangan diam saja… Awak masih berhutang dengan saya RM76,167.28 sehingga kini,” katanya.
Hidayah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Rabu.
Menerusi perkongsian portal berita tersebut, Ali dilaporkan menerima permintaan tinggi terhadap perniagaan Sambal Petai Terangkat dan Jering Berlado yang dijualnya.
Pelawak itu juga dilihat sedang aktif mempromosikan produk jualannya di media sosial dan memberitahu menerima sambutan positif daripada pembeli.
Dalam pada itu, Hidayah turut memberitahu bekas kakak iparnya juga masih belum membayar hutang kepadanya sebanyak RM2,000 atas kekalahan kes saman sebelum ini.
“Kakak awak masih berhutang dengan saya RM2,000 sebab kalah saman belum bayar dari 2022 sehingga sekarang dah 2023 pun.
Hidayah menang atas kes saman fitnah pada Februari lalu.
“Sekarangkan viral tentang orang berhutang, so hutang wajib kena bayar,” ujarnya.
Usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan Ali berkenaan isu dibangkitkan Hidayah tidak berjaya apabila pelawak itu tidak menjawab panggilan telefon.
Pada Mei 2020, Hidayah memfailkan saman fitnah terhadap Ali berhubung kenyataan yang dibuat olehnya di akaun Instagram miliknya yang antara lain menggambarkan dia sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab.
Setelah hampir dua tahun turun naik mahkamah, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 18 Februari tahun lalu memutuskan Hidayah menang kes tersebut dan Ali dituntut membayar ganti rugi sebanyak RM60,000.
Sumber Mstar.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.