ISTERI Kepada Salah Seorang Mangsa Nahas Pesawat Terhempas Di Elmina Dedah Apa Yang Suaminya Rasa Sebelum Ke Langkawi!

ISTERI kepada salah seorang mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie, dekat Elmina, Shah Alam reda dengan ujian yang menimpa keluarganya.

Akui masih sukar untuk mempercayai khabar duka itu, Suzana Paiman, 38, berkata dia dimaklumkan tentang insiden berkenaan menerusi panggilan telefon.

Untuk rekod Suzana adalah isteri kepada Allahyarham Muhammad Taufiq Mohd Zaki, 38, yang merupakan pegawai khas kepada Exco Kerajaan Negeri Pahang dan Ketua Umno Bahagian Bentong, Datuk Seri Johari Harun yang turut terkorban dalam nahas sama.

Bercakap kepada mStar, Suzana berkata dia masih berada di rumah memandangkan dua daripada empat anaknya berada dalam keadaan tidak sihat selepas dijangkiti influenza.

“Sekarang saya kat rumah lagi. Anak-anak tengah sakit, saya tak pegang telefon sejak dua, tiga hari ini. Dua anak saya dijangkiti influenza. Saya pun tak sihat. Suami pula ke Langkawi sejak Rabu petang.

“Suami pergi Langkawi untuk meeting kerajaan negeri. Saya memang tahu suami naik jet peribadi. Tadi salah seorang kawan rapat saya hubungi, tanya tentang kejadian itu. Masa tu saya cuba tenangkan diri… fikir mungkin bukan mereka kot.

“Kemudian sekitar pukul 5.15 petang, wakil pejabat Datuk Seri (Johari) hubungi saya. Jadi saya tanya, ada berita baik ke? Malangnya mereka kata semua tak baik. Di situ saya fahamlah. Mereka kata semua penumpang tak selamat,” ujarnya ketika dihubungi mStar.

Bangkai pesawat yang terhempas di Elmina.

Pesawat itu terhempas pada Khamis petang.

Menurut Suzana yang mendirikan rumah tangga dengan Taufiq pada tahun 2011, kali terakhir dia berhubung dengan suaminya pada Rabu malam.

Katanya lagi, suaminya juga tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pelik memandangkan dia jarang berada di rumah kerana sibuk dengan urusan kerja.

“Sebenarnya dia 50-50 (berbolak-balik) untuk pergi ke sana sebab anak tak sihat. Tapi Datuk Seri memerlukan dia. Kali terakhir berhubung malam tadi (Rabu). Selepas dia dah habis mesyuarat, dia call, tanya anak-anak macam mana. Panggilan itu dalam pukul 10 malam.

“Saya sendiri masih terkejut dan tak sangka. Dia tidak menunjukkan apa-apa yang pelik. Semuanya normal macam biasa. Dia jarang ada di rumah. Dalam seminggu, sehari atau dua hari saja dia ada. Saya tak nampak apa-apa perubahan,” ujarnya yang menetap di Bukit Indah, Ampang.

WhatsApp Image 2023-08-17 at 5.24.58 PM

Foto tular kelihatan Johari (kiri) sebelum insiden pesawat terhempas.

Dalam pada itu, Suzana berkata dia masih menanti khabar seterusnya dan ahli keluarganya juga baru sahaja berangkat dari Johor untuk menemaninya di ibu negara.

“Saya masih tunggu maklumat lanjut. Mayat pun saya tak tahu lagi ke mana. Keluarga saya semua kat Johor, mereka dalam perjalanan ke sini,” ujarnya lagi.

Hasil perkahwinan, Suzana dan Taufiq dikurniakan empat cahaya mata berusia 10, 7, 5 dan 3 tahun.

Terdahulu, mStar melaporkan 10 individu termasuk seorang pemandu dan penunggang motosikal maut selepas sebuah pesawat terhempas di Elmina.

Sementara itu Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) turut mengesahkan pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) nombor pendaftaran N28JV telah terhempas pada petang Khamis.

Sumber Mstar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply