Video mayat terbakar tersebar, netizen simpati tragedi pesawat terhempas – “Tak sanggup nak buka, terus delete”

KEJADIAN pesawat kecil terhempas di Elmina, dekat Denai Alam, Shah Alam, pada petang Khamis kecoh diperkatakan netizen di media sosial.

Malah, orang awam yang berada di sekitar lokasi itu turut berkongsi foto serta video keadaan kecoh yang berlaku di sana.

Menerusi video tular, kelihatan kepulan asap hitam di udara serta kesan hitam terbakar di atas jalan tar yang mana beberapa individu turut mengerumuni lokasi berkenaan.

Selain kehadiran anggota polis, jentera bomba juga dilihat tiba di lokasi itu untuk kerja-kerja menyelamat.

Paling menyayat hati tentunya video berdurasi 11 saat, memaparkan seorang individu yang terbakar berhampiran tempat pesawat itu terhempas.

Ketika rakaman video dibuat, api kelihatan masih marak di bahagian kepala mangsa, manakala anggota tubuh yang lain kelihatan hampir rentung.

Tidak jauh dari kedudukan mangsa itu turut kelihatan sebuah motosikal yang dipercayai ditunggangnya sedang terbakar.

WhatsApp Image 2023-08-17 at 3.34.40 PM


Sebuah pesawat kecil terhempas di Elmina pada petang Khamis.

Netizen turut menzahirkan rasa simpati terhadap mangsa dan mengakui terkejut dengan kejadian itu.

“Pesawat kat Elmina. Mayat tengah terbakar lagi dengan tangan terangkat.

“Ada satu video tu aku tengok lama-lama baru perasan tu sebenarnya mayat mangsa yang terbakar.

“Ada few video nampak mayat terbakar, tak sanggup nak buka terus delete,” tulis beberapa netizen.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim memberitahu tiga individu terkorban dalam kejadian itu.

Ia membabitkan juruterbang, pembantu juruterbang dan seorang penunggang motosikal yang dipercayai dirempuh pesawat berkenaan.

Difahamkan pesawat berkenaan dalam perjalanan dari Langkawi ke Subang.

Video,

Sumber Mstar .

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply