Salam Takziah, Pelakon Era 80-An Connie Dalam Keadaan Lemah, Dimasukkan Ke Hospital Tuanku Jaafar, Ini Puncanya..Mohon Doa Orang Ramai

PELAKON era 80-an Norlida Ahmad dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban sejak 12 Ogos lalu akibat masalah buah pinggang bernanah.

Anak perempuannya iaitu Ally Marisha Afrina berkata, Norlida atau lebih mesra dengan sapaan Connie sebelum itu mengalami demam berpanjangan sebelum membawanya mendapatkan rawatan lanjut di hospital berkenaan.

Bagaimanapun selepas seminggu dirawat, doktor memaklumkan ibunya menderita masalah buah pinggang bernanah.

185363081_493136958799180_9036878939525621820_n

Ally memaklumkan keadaan ibunya ketika ini lemah.

Apa lebih membimbangkan nanah berkenaan sudah membesar sebanya lapan sentimeter pada organ berkenaan.

“Sejak 9 Ogos emak saya demam dan tak surut-surut, jadi 12 Ogos lalu saya bawa dia ke Hospital Tuanku Jaafar untuk mendapatkan rawatan.

“Pada awalnya doktor memberitahu emak saya mengalami jangkitan kuman pada paru-paru, darah dan buah pinggang.

“Tapi semalam (Khamis) kami diberitahu buah pinggang emak saya dikelilingi nanah sebesar lapan sentimeter,” katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

Dalam pada itu, Ally memberitahu ketika ini ibunya sedang bergantung kepada antibiotik sementara menanti keputusan lanjut mengenai masalah dihadapi Connie.

Connie

Connie mengalami demam berpanjangan sejak 9 Ogos lalu.

Tambah Ally, dia juga tidak dapat membenarkan sebarang pelawat buat sementara waktu memandangkan ibunya perlu mendapatkan rehat secukupnya.

“Emak saya sedang menerima rawatan antibiotik sementara menunggu keputusan doktor sama ada perlu melakukan pembedahan atau pun tidak.

“Buat masa ini siapa yang hendak menziarahinya saya tak galakkan sebab emak saya masih dalam pemantauan dan agak lemah,” kongsinya.

Sumber Mstar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply