Pernah di Puncak Kegemilangan, Tinggal di Sebuah Pondok Tepi Hutan, Begini Keadaan Penyanyi To`ki Sekarang!

Siapa sangka ketika sebilangan besar artis mendakap kemasyhuran dan kekayaan, sebetulnya masih ada dalam kalangan mereka yang hidup dalam serba kesulitan.

Sekalipun, pernah berada di puncak, namun, kegemilangan itu hanya sementara buat penyanyi dan komposer To’ki.

Bukan mahu mengeluh, tetapi kehidupan yang dilaluinya hari ini bukan sesuatu yang mudah buat artis yang pernah popular dengan lagu Biasan itu.

Meneruskan hidup dalam serba kekurangan dalam sebuah ‘pondok’ di pinggir Batu 12, Gombak, To’ki atau nama sebenarnya, Mohd Zaki Mansur tidak pernah kesal dengan takdir yang ditentukan buatnya.

Penyanyi Veteran, To'Ki Dan Isteri Tinggal Di Pondok Dalam Hutan Sejak  Setahun Lalu

Mengakui bukan mudah untuk kembali bangkit dan memperbaiki kehidupannya, namun, To’ki percaya berkat usaha yang gigih serta dengan izin Yang Maha Esa, dia percaya segala perancangannya tidak mustahil untuk dicapai.

Dalam masa sama, To’ki tidak pula mengharapkan belas kasihan dari masyarakat, sebaliknya, dia mahu berdiri di atas kekuatan dirinya sendiri.

” Kalau kita memiliki ilmu sampai satu masa kalau Allah kata jadi maka jadilah ia.

” Tempoh yang ditunggu (terkandas dalam industri muzik) itu dari dulu lebih kurang 13 tahun hampir berakhir.

” Kalau dulu kita tidak tahu nak ke mana atau ke mana arah saya.

” Itu yang timbul cerita saya minta sedekah dan pelbagai cerita buruk mengenai saya.

” Ini adalah masa saya untuk tampil kembali dan semoga saya berjaya menempuhinya,” kata To’ki berkongsi cerita kehidupan serba sulitnya dengan Astro AWANI.

Penyanyi Veteran, To'Ki Dan Isteri Tinggal Di Pondok Dalam Hutan Sejak  Setahun Lalu

Dalam temu bual dengan To’ki, sebetulnya, banyak kisah yang cuba dirungkaikan terutama mengenai ranjau yang dilaluinya.

Namun begitu, sosok kecil itu nyata mahu melupakan kisah hitamnya ketika ini dan mahu bangkit kembali di persada hiburan.

To’ki sebenarnya tidak pernah berasa kecewa dalam kehidupannya ataupun industri muzik tanah air.

Malah dia sangat berbangga dengan perkembangan teknologi ketika ini yang membolehkan siapa sahaja boleh bekarya dengan lebih mudah.

” Kalau cakap pasal kehidupan,ye lah bukanlah mudah ketika ni. Tapi kita mesti terus lihat ke depan.Tak perlu kita terus ungkit kisah silam kerana kita tak boleh ubahpun.

” Ketika ini, saya terus cuba sedaya upaya untuk bangkit kembali dalam industri,” ikrarnya lagi.

Mengharungi liku kehidupan yang sukar dulu membuatkan To’ki ketika ini lebih kuat untuk bangkit kembali dengan berbekalkan pengalaman dan ilmu yang dimilikinya.

Sebagai seorang yang pernah mencipta lagu, lirik dan penerbit, To’ki mahu kembali ke dalam industri dengan kekuatan yang dimiliki dan menerima cabaran perkembangan semasa arus muzik semasa yang berbeza ketika zaman gemilangnya dahulu.

” Dengan teknologi yang ada sekarang ni, dengan medium yang ada seperti YouTube, Facebook dan sebagainya dengan apa yang saya ada ketika ni yang dah lama terkandas, maka kita kena ubah cara kita bekerja.

” Saya gabungkan dengan apa yang ada ini. Alhamdulillah, usaha saya yang sebelum ini agak suram kini mula menampakkan hasil,” cerita To’ki lagi.

To’ki kini muncul dengan dua single bertajuk Bukan Sekali dan Bayyati.

To’ki pindah rumah baharu, Ini yg terjadi kepada pondok lama!

To'ki tenang di pondok usang

SYUKUR tak terhingga! Itu luahan yang diungkap berkali-kali penyanyi dan komposer terkenal To’ki setelah menerima kunci rumah sewa baharu pada petang Jumaat.

To’ki atau Mohd Zaki Mansur, 53, berkata, dia tidak menyangka kisah hidupnya mendapat perhatian banyak pihak sehingga menerima bantuan rumah daripada pihak Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

To’ki terima kunci rumah sewa baharunya.

“Tak pernah saya jangka akan dapat perhatian sebegini rupa, sampai macam ni orang ramai ambil berat terhadap diri dan keluarga.

“Terima kasih kerana beri sokongan agar saya dapat hidup dengan baik dan terus berkarya. Insyallah pengisian dalam karya-karya saya selepas ini akan meletakkan Allah sebagai perkara pertama, ” kata To’ki kepada mStar.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Biasan ini menerima sebuah rumah flat tiga bilik tidur di Taman Setapak Indah, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PPZ-MAIWP, Ustaz Ahmad Shukri Yusoff yang hadir bagi majlis penyerahan kunci kediaman tersebut memberitahu To’ki tidak perlu bimbang tentang bayaran sewa bulanan kerana ia akan ditanggung selama setahun.

Kunci rumah sewa baharu To’ki diserahkan pada petang Jumaat.

“Alhamdulillah akhirnya To’ki dapat tinggal di kediaman yang lebih selesa, kami juga lengkapkan rumah ini dengan perabot-perabot asas.

“Buat masa ini dia (To’ki) tidak perlu risau tentang sewa bulanan di mana ia akan ditanggung pihak kami untuk tempoh sehingga satu tahun. Kemudian ia akan dibincangkan kembali mengikut keperluan.

“Apa yang penting To’ki dapat terus berkarya demi kelangsungan hidupnya bersama isteri, ” ujarnya.

Baru-baru ini kisah kehidupan To’ki heboh diperkatakan ramai selepas tular foto pondok usang yang didiaminya bersama isteri di pinggir hutan di Batu 12, Gombak, Selangor.

RUMAH TO’KI DALAM HUTAN AKAN DIKEKALKAN UNTUK TO’KI

“Alhamdulillah.. seperti yang kita janjikan lebih kurang seminggu sebelum ini bahawa kita mahu keluarkan To’ki dari pondok di Batu 12. Tempat itu akan terus dijadikan tempat untuk To’ki berkarya, dan hari ini, rumah ini untuk To’ki dan isterinya tinggal.

“Kita juga telah lengkapkan rumah ini dengan perabot-perabot asas supaya To’ki dan juga keluarga dapat hidup dalam keadaan selesa. Ini adalah usaha kita bersama dan kita mahu To’ki terus mampu berkarya selepas ini,” kata Shukri selepas menyerahkan kunci rumah berkenaan kepada To’ki pada Jumaat.

Sementara itu, To’ki sangat bersyukur dengan usaha yang telah dijalankan oleh pihak PPZ yang sudi mencari rumah berkenaan kepadanya selepas hampir dua tahun menghuni pondoknya itu.

Baginya, peranan yang dimainkan oleh pihak PPZ dan pihak lain dalam membantu beliau sangat besar dan tidak mampu dibalas.

To’ki sewaktu menerima kunci kediaman baharu daripada pihak PPZ

“Saya bersyukur kehadrat Allah SWT dan terima kasih kerana PPZ sampai tahap ini membantu saya. Saya tak terfikir sebelum ini sampai macam ni orang ambil berat pasal saya sekeluarga.

“Terima kasih kerana terus memberikan sokongan untuk saya terus berkarya,” kata To’ki.

Bukan itu sahaja PPZ juga telah menanggung kos pembaikan kereta To’ki yang telahpun siap bagi membolehkannya lebih mudah bergerak.

Malah PPZ juga turut menyediakan katil yang lebih sesuai untuk isterinya yang masih cedera selepas terbabit dalam kemal4ngan bulan lepas selain menghadiahkannya kerusi roda yang baharu.

DAPAT SUMBANGAN SEBUAH KERETA

Bagai dikunjung tuah, nasib To’ki bertambah ceria selepas sebuah syarikat penjual kenderaan terpakai, pihak ZZ Auto Services, menerusi pemiliknya Zaihan Che, bersetuju untuk menghadiahkan sebuah kereta yang lebih selesa kepadanya untuk memudahkan urusan hariannya.

Kisah To’ki mula mendapat perhatian selepas disiarkan Astro AWANI pada 30 Jun lalu yang menarik perhatian pelbagai pihak yang tampil menghulurkan bantuan kepadanya.

Sumber : Asia Kini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply