ISU melibatkan anak perempuan selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim yang hangat diperkatakan sejak Jumaat lalu susulan dia didakwa menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga sepasang suami isteri terus menjadi bualan ramai.
Walaupun Marissa Dania Hakim sudah tampil mengakui kesilapan atas isu tersebut namun kebanyakan netizen seakan-akan masih belum berpuas hati dengan kenyataan dikeluarkan remaja berusia 18 tahun itu.
Tidak ketinggalan pelawak Ali Puteh yang turut tampil mengulas mengenai isu tersebut di Iaman sosial miliknya.
Perkongsian Ali di Instastory berhubung isu melibatkan anak Abby Abadi dan Norman Hakim.
Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 34, seolah-olah mengambil langkah ‘pulang paku buah keras’ kepada Abby apabila mendakwa bekas anggota kumpulan Elite itu pernah mencampuri urusan orang lain sehingga kini terkena pada dirinya sendiri.
Ali bagaimanapun berharap kemelut yang melanda anak Abby dan Norman dapat diselesaikan secara baik.
“2022 berlalu kini 2023… Moga baik-baik sahaja buat keluarganya.
“Kadang-kadang terlalu sibuk kain orang… Kain sendiri terbuka,” tulisnya.
Ali turut memuat naik tangkap layar dua artikel yang salah satunya bertajuk Abby Abadi buka mulut: Isu kontroversi anak perlu diperjelaskan di Instastory miliknya.
Isu melibatkan anak Abby hangat diperkatakan.
Manakala pada bahagian sebelahnya pula Ali menampal artikel berkenaan isunya bersama bekas kakak iparnya iaitu Nor Hidayah Hamzah pada 2020 yang bertajuk “Apapun alasan yang diberi, saya di pihak…” – Abby Abadi ulas isu Ali Puteh dan balu Abam, kongsi kefahaman hak seorang balu.
Menerusi artikel itu, Abby ada mengulas mengenai isu melibatkannya dan Nor Hidayah yang ketika itu kemelut di antara mereka sedang hangat diperkatakan.
Abby dilaporkan memihak kepada keluarga Hidayah selain meluahkan hasrat untuk bertemu dengan anaknya sekiranya mempunyai masa terluang.
Sumber Mstar.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.