Kuala Lumpur: Penyanyi Farawahida, 37, teringin menimang cahaya mata sejak berkahwin tahun lalu namun akur rezeki itu belum kesampaian.
Farawahida atau nama sebenarnya Farawahida Razali berkata sudah melakukan pelbagai usaha namun tidak mahu dirinya tertekan memikirkan soal zuriat.
“Belum ada rezeki, doakan ya. Itulah impian saya tapi tak adalah sasaran pun dengan umur sekarang. Kalau kata nak memang siapa pun yang tak nak bukan?
“Tapi kita sudah cuba yang terbaik namun mungkin belum lagi rezeki. Kami (dengan suami) pun sudah pergi jumpa pakar buat pemeriksaan dan alhamdulillah tiada masalah pun.
“Kalau nak stres pun, tak naklah stres pada umur sekarang. Kita ‘enjoy’ saja, mungkin rezeki Allah nak bagi di sana, wallahualam,” katanya ditemui pada pelancaran drama Demi baru-baru ini.
Pada acara itu, Farawahida memperdengarkan lagu baharunya berjudul Aku Tak Sempurna yang juga runut bunyi drama lakonan Keith Foo, Puteri Aisyah, dan Ashraf Muslim itu.
Menurutnya, dia berharap lagu terbabit akan kembali memeriahkan kerjaya seninya semula.
“Kalau ikut, tawaran menyanyi memang sentiasa ada. Apapun, saya anggap lagu ini sebagai pertaruhan sempena ‘comeback’ dalam industri,” katanya.
Terdahulu, penyanyi lagu Tanpamu itu mendirikan rumah tangga dengan Zulkifli Alias, 37 pada 19 Mac 2021. Bagaimanapun pasangan terbabit belum dikurniakan zuriat.
Sumber BN.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.