Salam Takziah, Jasmin Hamid Dimasukkan Ke Hospital, Bakal Jalani Pembedahan, Mohon Doa Orang Ramai..

PELAKON Jasmin Hamid memaklumkan dia bakal menjalani pembedahan kecil bagi memulihkan dirinya daripada kanser rahim.

Kata Jasmin, 50, dia dimasukkan ke hospital pada Khamis sebagai persediaan sebelum menjalani pembedahan pada Jumaat yang juga merupakan hari ulang tahun kelahirannya.

“Hari ini saya masuk di hospital dan esok merupakan tarikh hari lahir saya, saya akan jalani pembedahan minor.

“Mohon doa daripada kalian untuk Allah lancar dan permudahkan semua prosedur pembedahan dan bebas kanser rahim,” katanya menerusi laman Instagram.

Jasmin Hamid 2 (1)

Jasmin memohon doa daripada peminat supaya dipermudahkan.

Dalam masa sama, Jasmin juga mengakui hatinya tergores apabila ada pihak melontarkan komen negatif dengan mengutuk fizikalnya tanpa mengetahui masalah kesihatan dihidapinya.

Kata Jasmin, perubahan fizikal dirinya itu disebabkan masalah cyst dan hormon tidak teratur sehingga dia mengalami pendarahan pada rahim.

“Sebelum ini ramai yang kata saya dah gemuk hingga adakalanya kata-kata orang itu menggores perasaan saya tanpa bertanyakan tahap kesihatan saya,” katanya.

“Tiada siapa pun dalam dunia ini nak gemuk termasuklah saya, jadi, hari ini saya reveal kenapa,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Jasmin memberitahu dia juga telah memaafkan pihak yang mengutuk fizikalnya sebelum ini.

“Terima Kasih pada yang sudi doakan kebaikan untuk saya dan saya kembalikan doa yang baik-baik juga untuk kalian.

“Moga semuanya baik-baik sahaja buat saya supaya saya boleh sambung kerja-kerja saya seperti biasa.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply