TEKA-TEKI Nabila Razali bakal menamatkan zaman dara akhirnya terjawab apabila penyanyi itu mendedahkan sudah menerima lamaran teman lelakinya iaitu Nik Iruwan Nik Izani.
Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 31, berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik gambar dia dilamar Iruwan bersama lagu latar dipercayai akan dilancarkan tidak lama lagi berjudul New Chapter.
“I said yes,” tulisnya ringkas pada bahagian kapsyen foto berkenaan.
Foto cincin di jari manis Nabila sebelum ini mendapat perhatian ramai.
Sebelum ini timbul desas-desus mendakwa penyanyi lagu Peluang Kedua itu bakal mendirikan rumah tangga pada hari ulang tahun kelahirannya iaitu 13 November (hari ini).
Pun begitu, Nabila hanya memuat naik foto memaklumkan dia sudah menerima lamaran Iruwan.
Sekitar Ogos lalu, kecoh Nabila dan Iruwan sudah mengikat tali pertunagan namun penyanyi itu enggan mengesahkan perkara tersebut.
Menerusi temu bual bersama mStar, Nabila juga memberitahu cincin di jari manis yang dikatakan tanda sudah bertunang adalah sekadar aksesori biasa.
Tambah Nabila, dia lebih selesa untuk tidak berkongsi kisah peribadi demi menhormati keluarga kedua-dua belah pihak dan akan berkongsi perkara itu apabila sudah bersedia.
Pada 25 Oktober lalu, Nabila teruja memberitahu dia sedang membilang hari seolah-olah memberi bayangan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Komen netizen,
Dunia Dah Sampai Penghujungnya.Si Wanitanya Bertudung(Bukan Menutup Aurat Tapi Membalut Aurat) Tetapi Bersentuhan Dengan Bukan Mahram.Halal Haram Semua Buang Ke Laut!
Haram Tu Pegang Tangan..Yg Si Lelaki Apa Lagi,Htr La Rombongan Merisik, Bukan Cara Mcm Ni..Be A Gentleman
Adoiiii Kak Nabb.. Belum Kawen Kaknab.. Bru Lamar… Awat Lerrr Pegang2 Tgn
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.