Salam Takziah, Nora Ariffin dimasukkan ke ICU, Mohon Doa Orang Ramai!

PENYANYI Datuk Nora Ariffin kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan swasta di Kajang, Selangor akibat sesak nafas.

Berita itu dikongsi sendiri oleh suami Nora iaitu Dr Rushdi Ramli yang kemudiannya dikongsi oleh penyanyi Datuk Aishah di Instagram miliknya pada malam Isnin.

nora - 1

Perkongsian yang dimuat naik di Instagram milik Aishah.

Rushdi dalam mesej berkenaan memohon agar orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan isterinya itu.

“Nora masuk ICU hospital KPJ Kajang kerana sesak nafas. Mohon doa ikhlas dari semua,” katanya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu janji Manismu itu turut terkejut menerima berita tersebut dan mendoakan agar Nora atau Wan Norafizah Wan Ariffin, 50, diberikan kesembuhan.

“Allahuakbar adikku Nora… Mari kita panjatkan doa semoga memperoleh kesembuhan,” katanya.

Usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan daripada Aishah dan pengurus Nora berhubung keadaan terkininya tidak berjaya apabila panggilan telefon yang dibuat tidak dijawab.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply