Tetamu Serba Salah Nak Check In Homestay! Ada Katil Hospital, Siling Lopong… !

KEBANYAKAN individu pasti akan melihat ulasan atau review mengenai sesebuah lokasi penginapan di internet sebelum membuat tempahan secara online.

Antara perkara yang diberi keutamaan sudah semestinya tahap kebersihan, suasana, jarak dan paling penting, ‘bebas’ daripada kisah seram.

Namun ada kalanya, sesetengah lokasi penginapan tidak mempunyai ulasan yang tersedia di internet kerana kurang dikenali, contohnya seperti homestay atau inap desa yang biasanya dimiliki penduduk setempat.

Justeru, agak sukar bagi tetamu untuk melihat atau mendapat maklumat lengkap tentang keadaan tempat penginapan yang mahu disewa.

Dalam satu perkongsian di TikTok, seorang individu berkongsi pengalamannya menginap di sebuah homestay yang baginya agak aneh dan menyeramkan.

hstay 2

Suasana di dalam homestay.

“Korang tengok apa yang pelik ada pada homestay ni. Nak gelak ke nak nangis?” tulisnya.

Menerusi video yang dikongsikan itu, individu berkenaan merakam suasana di dalam homestay berkenaan di mana kelihatan sebuah katil hospital terletak di ruang bersebelahan dapur.

Lebih menyeramkan, ruang bumbung di atas tandas pula terlopong tanpa ditutup dengan siling sebagaimana ruang yang lain.

“Masa booking tu owner tak cakap apa-apa pun keadaan rumah ni macam mana. Bila dah check-in, alamak seram pula.

“Katanya homestay ni dulu bekas rumah emaknya, kini dah meninggal dunia sebab Covid-19,” kongsinya lagi.

Macam ni punya rumah dengan katil wad pun tergamak nak buat homestay. Ni jadi wardstay.

NETIZEN

Menurut individu berkenaan, dia sudah meminta pemilik mengirimkan gambar sekitar homestay tersebut, namun gambar katil hospital dan bumbung tandas tidak dikongsikan kepadanya.

“Ada bagi (gambar). Tapi bab siling dan katil seram ni saja dia tak bagi,” katanya pada ruangan komen.

Individu berkenaan bagaimanapun tidak mendedahkan lokasi homestay dan berapa lama dia menginap di situ.

komen hstay

Antara komen warga maya terhadap perkongsian berkenaan.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya mengakui turut berasa seram sekiranya mengalami situasi yang sama dengan individu berkenaan.

“Menangis macam ni weh!

“Kemas tapi tetap nampak seram.

“Macam ni punya rumah dengan katil wad pun tergamak nak buat homestay. Ni jadi wardstay,” demikian antara komen netizen.

Sehingga kini video berkenaan meraih lebih 58,000 jumlah tontonan di aplikasi TikTok.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply