BERGELAR isteri sejak tiga minggu lalu, penyanyi Nabila Razali mengakui bimbang kehadiran orang ketiga yang mampu merosakkan hubungannya bersama suami.
Bagi memastikan perkara itu tidak berlaku, Nabila atau Nabila Mohd Razali, 31, berkata, dia akan menjalankan tanggungjawab sebagai isteri sebaik mungkin demi keharmonian rumah tangga yang dibina.
“Kita sebagai manusia tidak boleh lari dari kesilapan. Kita manusia selalu khilaf. Tipulah kalau kita tidak takut.
Nabila bimbang wujud orang ketiga.
“Tetapi saya percaya dengan apa jua yg sudah dirancang Allah. Saya dengan dia (suami) pun faham antara satu sama lain. Apa yang jadi akan datang kita tidak boleh nak kawal.
“Kita hanya boleh buat sebaik mungkin dan saya nak galas tugas itu dengan baik, itu sahaja,” katanya kepada mStar.
Meskipun bimbang kewujudan perosak rumah tangga, penyanyi lagu Peluang Kedua itu bagaimanapun berkata dia sama sekali tidak akan mengawal aktiviti media sosial suaminya, Nik Iruwan.
“Siapa yang mengenali saya, saya bukan begitu. Kita tidak boleh kawal semua benda.
“Walaupun kita kawal, tapi benda nak jadi, dia akan jadi juga. Saya harap semua doakan saya dan suami kekal hingga ke jannah,” ujarnya.
Kata Nabila, dia juga mengambil pendekatan untuk tidak terlalu berkongsi secara berlebihan berkenaan kehidupan peribadinya di media sosial.
Sebaliknya, dia hanya akan berkongsi sesuatu yang dianggap perlu sahaja.
Nabila dan Nik sah bergelar suami isteri pada 18 November.
“Saya kongsi bila perlu. Mungkin apabila hari lahir atau ulang tahun perkahwinan hanya benda yang penting sahaja.
“Saya cuba sedaya upaya untuk simpan apa yang saya tidak perlu untuk kongsikan,” ujarnya.
Untuk rekod, Nabila sah bergelar isteri kepada usahawan Nik Iruwan Nik Izani, 38, dengan sekali lafaz pada 18 November lalu.
Majlis pernikahan pasangan ini diadakan di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang secara tertutup dan dihadiri hanya ahli keluarga serta teman rapat.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.