Hamdan Senario Sempat Tinggal Pesanan Sebelum Ditidurkan, Anak Dedah Apa Yang Terjadi Sebenarnya!

ANGGOTA kumpulan Senario iaitu Hamdan bukan ditidurkan sebab mengalami komplikasi penyakit buah pinggang seperti kecoh diperkatakan.

Anak perempuan Hamdan iaitu Nur Natasya Umairah, 20, menjelaskan pelawak itu tidak mempunyai sebarang penyakit kronik sebaliknya ditidurkan bagi membolehkan dia berehat susulan jangkitan kuman dalam darah dialaminya.

“Saya cuma berharap hentikan berita tentang ayah mengalami masalah buah pinggang. Doktor jelaskan ayah ditidurkan sebab jangkitan kuman dalam darah.

hamdann1 - 1

Syazreen dan Natasya sedih mengenangkan bapa di hospital.

“Kami dari pihak keluarga ingin meminta doa semua rakyat Malaysia, doakan ayah saya kembali sihat dan boleh menghiburkan peminat seperti sebelum ini,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Natasya memberitahu Hamdan sempat meminta maaf dan memaafkan semua ahli keluarganya sebelum pelawak itu ditidurkan.

Natasya berkata, Hamdan juga meluahkan rasa bimbang apabila terpaksa meninggalkan mereka sekeluarga bersendirian di Johor Bahru.

“Ayah bimbang kalau dia ditidurkan macam mana keadaan kami nanti. Saya beritahu agar fikir keadaannya dan jangan risau tentang kami adik-beradik.

“Kata Ayah apabila ditidurkan ada kemungkinan jantungnya berhenti tetapi kami tetapi beri semangat agar dia kuat,” ujarnya.

Sementara itu, anak lelakinya iaitu Muhammad Syazreen Haqeem, 24, pula memberitahu pada awalnya bapanya enggan ke hospital kerana memikirkan tanggungjawab terhadap persembahan bersama Senario.

Dia nak buat juga showcase ini, katanya kalau pergi hospital macam mana nak buat show malam ni (Ahad).

SYAZREEN

ANAK HAMDAN

Bagaimanapun selepas dipujuk keluarga, barulah pelawak itu bersetuju meskipun dalam keadaan berat hati kerana bimbang menyusahkan orang lain.

“Ayah sebenarnya tidak mahu ditidurkan kerana dia risau tentang keadaan kami bertiga di Johor ini, tambah pula dia fikirkan peminatnya dan mahu membuat persembahan pada malam ini (Ahad).

“Dia nak buat juga show ini dan sebelum bawa ke hospital dia ada cakap dengan ibu saya kalau pergi hospital macam mana saya nak buat show malam ni (Ahad).

hamdan3 - 1

Hamdan berada dalam keadaan sihat ketika ditemui mStar pada malam Sabtu.

“Mama cakap tak mengapa pergi hospital awal dan nanti boleh balik awal. Tapi itulah doktor menasihatkan dia ditidurkan sebagai langkah terbaik untuk merawatnya,” katanya.

Hamdan sepatutnya mengadakan persembahan bersama anggota Senario yang lain iaitu Azlee, Wahid, Saiful Apek dan Yasin di Hotel Sentral, Johor Bahru pada malam Ahad.

Hamdan atau Ahmad Hamdan Mohamed Ramli, 54, pada malam Sabtu mengalami cirit-birit namun menganggap ia mungkin disebabkan keracunan makanan.

Bagaimanapun selepas dibawa ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu doktor memberitahu keadaannya itu akibat jangkitan kuman dalam darah.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply