Rumah pelacuran perlu ada lelaki asing boleh lepas nafsu, elak rakyat tempatan kena rogol – Rosyam Nor

PANDANGAN pelakon Datuk Rosyam Nor mengenai perlunya aktiviti pelacuran di negara ini mencetuskan kontroversi sehingga menimbulkan perbalahan dalam kalangan netizen di media sosial.

Rosyam atau Mohamed Noor Shamsuddin, 57, merasakan aktiviti itu perlu ada memandangkan di Malaysia terdapat lambakan warga asing sebanyak tiga juta yang kebanyakannya adalah golongan lelaki.

Mempertahankan pendapatnya itu, Rosyam menjelaskan jika rumah pelacuran ditubuhkan ia sekurang-kurangnya dapat mengurangkan isu rogol melibatkan warga asing.

“Pusat pelacuran ini perlu sebab pendatang asing di negara kita ada lebih kurang tiga juta yang bekerja di sini.

Rosyam 1

Rosyam Nor ketika sesi podcast tersebut.

“Isteri mereka tinggal (di negara asal). Namanya pun lelaki, kalau dia tidak ‘lepaskan’ (nafsu), dia nak ‘tonjol’ dekat mana?” katanya.

Rosyam berkongsi pendapat itu menerusi siri podcast Hitam Putih Kehidupan yang dimuat naik di TikTok Suhan Movies pada Ahad.

Dalam pada itu, Rosyam turut meluahkan rasa bimbang jika perkara tidak diingini berlaku terhadap warga tempatan sekiranya masalah terbabit tidak dibendung.

“Dia (warga asing) tengok anak isteri kita, anak dara kita, silap-silap dia rogol anak dara kita. Dia boleh jadi sampai ke tahap itu.

“Mereka duduk sini, malam sudah tak kerja, dia pun tengok benda yang sama, tengok pornografi juga.

“Jadi bila ada rumah pelacuran itu, sekurang-kurangnya dia pergi ‘bayar’ dekat sana,” ujarnya.

Pandangan diketengahkan Rosyam itu turut mendapat sokongan daripada pengikut yang merasakan isu dibangkitkan pelakon itu matang dan relevan.

Malah ramai netizen pernah terfikir perkara sama dan ia mungkin salah satu cara bagi membendung masalah jenayah seksual dalam kalangan warga asing di negara ini.

Pusat pelacuran ini perlu sebab pendatang asing di negara kita ada lebih kurang tiga juta yang bekerja di sini.
ROSYAM NOR
PELAKON DAN USAHAWAN
“Akhirnya ada juga cakap benda yang betul seperti ini.

“Ya betul, macam dekat Eropah memang khas untuk pelancong atau pekerja asing,” komen netizen.

Pun begitu, ramai juga tidak bersetuju dengan cadangan berkenaan kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam.

Rosyam 2

Rosyam Nor menyatakan ia hanya pandangan peribadinya.

Apatah lagi kebanyakan pekerja asing yang datang di negara ini seperti Indonesia, Bangladesh, Pakistan dan India beragama Islam.

“Dahulukan hukum Allah melalui hukum Allah. Tiada kemaksiatan dicegah dengan kemaksiatan.

“Nampak sahaja boleh selesaikan masalah tetapi nanti mesti akan timbul masalah lain,” komen netizen lain pula.

Komen netizen,

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply