Bukan Merajuk Tapi Salih Yaakob ‘Fed Up’ Dilayan Macam Hamba Abdi, Tak Sangka Ini Rupanya Terjadi Pada Beliau!

KEHILANGAN artis serba boleh Salih Yaacob daripada dunia seni meninggalkan tanda tanya dalam kalangan peminat sehingga timbul dakwaan mengatakan dia merajuk.

Salih, 63, bagaimanapun menjelaskan dia tidak menjauhkan diri sebaliknya banyak menolak tawaran berlakon drama atau pun filem kerana bayaran ditawarkan tidak mampu menampung kehidupan seharian.

“Kenapa nak merajuk? Sekarang bukan lagi zaman saya. Buat album sudah tak laku, tak layak jadi hero lagi. Komedi pun orang campak, pijak sahaja.

Salih nafi merajuk dengan industri seni.

Salih terkilan apabila bayaran ditawarkan kepada pelakon senior sepertinya masih ditakuk lama.

“Sekarang ini kehidupan saya seperti orang biasa… Ada yang panggil sesekali jadi pengacara majlis. Berlakon atau menyanyi itu tidak ada. Kalau ada yang panggil pun saya tidak mahu.

“Tawaran yang diberikan tidak menjamin kehidupan saya. Memang tidak berbaloi dan bayaran hanya lepas duit rokok dan buat isi kad Touch & Go. Itu nak buat apa? Siapa nak bagi saya makan?,” katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.

Ditanya mengenai bayaran ditawarkan produksi kepadanya, Salih enggan mendedahkan perkara itu namun memberi bayangan jumlah tersebut sama seperti zaman 1980-an.

Salih menyifatkan perkara tersebut sebagai melampau dan tidak seharusnya berlaku pada industri seni zaman kini.

“Sekarang sudah 2024, jika bayaran sama seperti 1980-an, saya nak makan apa?

“Daripada saya terima dan tidak mendatangkan hasil, baik saya tolak sahaja. Mereka semakin kaya tapi kami pelakon veteran ini semakin miskin.

Salih 2

Salih bersama tiga isteri dan anak-anaknya.

Saya nampak mereka macam nak jadikan saya hamba abdi sahaja,” ujarnya.

Buat masa ini kata Salih, dia menyara tiga isteri dan dua anak yang masih bersekolah dengan hasil pendapatan sebagai pengacara serta membuat reviu produk dan makanan di media sosial miliknya.

“Sekarang ada tawaran jadi pengacara. Dua atau tiga kali setahun ada juga reviu produk serta makanan. Rezeki ini semua daripada Allah, jadi saya tak risau,” katanya yang mempunyai 12 orang cahaya mata.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply