Pelakon Sophia Albarakbah akui dia berasa takut dan gementar apabila diminta melakonkan watak mangsa rogol dalam filem Jiwa 8 Belas yang bakal ditayangkan pada 18 Januari ini.
Menurut temu bualnya bersama Oh! Bulan, Sophia berkata perasaan itu muncul kerana pada waktu itu dia baru sahaja menjejakkan kaki ke dalam industri seni.
Difahamkan, filem Jiwa 8 Belas ini adalah naskhah pertamanya di awal pembabitan Sophia bergelar pelakon.
Takut dan gementar sebenarnya. Ketika penggambaran dibuat pada 2018, saya masih baharu dan tidak tahu bagaimana hendak menjayakan babak itu.
Semua yang berlakon dalam filem tersebut pun budak baharu, jadi kami kena bincang dengan terperinci untuk pastikan adegan itu ‘hidup’ namun dengan bantuan kru, pengarah dan rakan pelakon di set membuatkan saya rasa selesa. Saya sudah cuba yang terbaik melakonkannya.
Sementara itu, pelakon berusia 30 tahun ini memaklumkan dirinya sudah tidak keberatan untuk menerima atau menjayakan babak sedemikian, jika ditawarkan.
Mungkin saya akan pertimbangkan terlebih dulu. Jika naskhah itu baik dan boleh menaikkan nama saya sebagai pelakon, tak salah untuk saya cuba.
Sebelum ini, aktres Sophia Albarakbah pernah menyatakan dia sudah penat dengan pelbagai kontroversi dan kritikan negatif yang dihadipanya.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.