Lakon Adegan Ranjang Bersama Afiq Shazwan, Fasha Sandha Sudah Bersedia!

SEORANG Fasha Sandha memang cukup terkenal dengan disiplin serta etika kerja dalam lakonan sehingga dia tidak kisah sekiranya dikecam penonton.

Terbaharu, Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 40, juga sudah bersedia dengan kata-kata nista warganet susulan melakonkan adegan ranjang dalam drama terbaharunya Rampas Cintaku 2.

Kata Fasha, apa dilakukan hanya sebagai menjayakan watak, skrip serta arahan pengarah dan ia tidak lebih daripada itu.

Fasha 2

Fasha ketika ditemui media.

“Terpulang kepada mereka, saya hanya mencorakkan skrip itu. Kita hanya buat kerja kita. Saya percaya kita buat sesuatu sebab diri sendiri dan bukannya orang lain.

“Kalau buat kerana orang lain, kita tidak akan kekal. Jadilah diri snediri. Ini adalah kerjaya saya sejak usia 18 tahun.

“Saya seronok dan hanya mampu berharap penonton pandang dari sisi lain. Kalau nak pandang sisi berani Fasha Sandha, terpulang,” katanya kepada mStar.

Fasha berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada sidang media Rampas Cintaku 2 yang diadakan di Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam pada itu, Fasha berkata, kecaman tidak pernah mematahkan semangatnya sebagai seorang pelakon dalam menjayakan lebih banyak watak pada masa depan.

Jelasnya, dia tidak akan berhenti daripada berlakon memandangkan itu merupakan kerjaya yang dicintainya.

Dalam masa sama, Fasha berkata, dia juga percaya setiap naskah yang dihasilkan mempunyai mesej dan pengajaran yang dapat dijadikan tauladan kepada penonton.

Fasha 1

Antara adegan drama Rampas Cintaku 1 yang disebut-sebut netizen.

“Ambil pengajaran daripada jalan cerita Rampas Cintaku 2. Kita jangan pandang satu sisi sahaja, pandang sisi lain juga.

“Kalau tak boleh terima, terpulang kepada mereka sebab penonton ada hak untuk menilai apa yang saya cuba sampaikan,” jelasnya.

Selain Fasha, Rampas Cintaku turut dibintangi oleh Afieq Shazwan, Erra Fazira, Keith Foo, Puteri Balqais, Zarul Umbrella dan Ady Mohammad.

Rampas Cintaku 2 bakal bersiaran menerusi platform Iqiyi bermula 19 Januari ini.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply