PENYANYI Datuk Awie memberitahu dia pernah disahkan menghidap kanser buah pinggang sejak beberapa tahun lalu.
Berkongsi mengenai perkara itu, Awie atau Ahmad Azhar Othman, 56, bagaimanapun meluahkan rasa syukur kerana penyakit tersebut dikesan lebih awal dan berjaya dibuang melalui pembedahan.
“Saya ada masalah di bahagian buah pinggang, ada tumor dan doktor sahkan itu adalah kanser tapi Alhamdulillah dikesan lebih awal.
Awie berfikir selama empat bulan sebelum bersetuju untuk jalani pembedahan.
“Saya sudah pun buang tumor tersebut. Masa nak beritahu saya ketika itu pun, doktor macam tergagap-gagap. Dia kata, ia sangat mencurigakan dan bila buat pemeriksaan, dia cakap yang salah satu buah pinggang saya perlu dibuang.
“Bila saya dengar dia kata macam itu saya rasa macam ‘waktu’ saya dah nak habis,” katanya.
Awie berkongsi perkara itu ketika bersama segmen ‘Pagi On Point’ di stesen radio Kool 101.
Dalam pada itu vokalis kumpulan Wings itu berkata, dia tidak mahu melakukan pembedahan membuang organ buah pinggangnya ketika itu dan meminta pandangan daripada doktor yang merawatnya.
Doktor tersebut kemudian memberi saranan kepada Awie untuk berjumpa dengan doktor pakar berhubung penyakit berkenaan.
“Saya termenung lama dan terus cakap, doktor tolong bagi saya peluang untuk fikirkan ikhtiar lain.
“Dia pun suruh saya pergi satu hospital dan mengesyorkan saya dengan seorang doktor pakar.
Awie sudah pulih daripada kanser buah pinggang.
“Di sana pula, doktor pakar itu pun maklumkan pada saya bahawa peratusan saya menghidap kanser adalah sebanyak 95 peratus,” jelasnya.
Selepas empat bulan mendapatkan rawatan di hospital tersebut, Awie akhirnya bersetuju untuk melakukan pembedahan membuang tumor selepas dipujuk oleh isterinya.
“Empat bulan selepas itu baru saya buat keputusan untuk buat pembedahan. Isteri saya pun selalu pujuk untuk buat jadi saya pun setuju untuk teruskan.
“Alhamdulillah pembedahan itu berjaya dan tumor sepanjang 2.7 sentimeter berjaya dibawa keluar daripada buah pinggang saya,” katanya.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.