Beberapa tahun ‘ditidurkan’ kerana PKP, ‘Bobob’ Jasmin Hamid kembali bergerak… “Artis pakai Wira lama, dah jatuh miskin ke?”

SELEPAS beberapa tahun tidak digunakan di atas jalan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, akhirnya kereta kesayangan pelakon Jasmin Hamid kembali berfungsi.

Mengimbau banyak jasa kereta jenis Proton Wira itu, Jasmin turut mengakui dirinya pernah dipandang hina dan digelar artis miskin gara-gara masih menggunakan kenderaan lama.

“Alhamdulillah my felari (kereta saya) sudah bangun dan bawa saya makan cendol selepas beberapa tahun ditidurkan sebab PKP. Nama dia Bobob.

Jasmin 1

Jasmin menaiki Bobob ditemani suaminya.

“Bila Bobob bawa saya jalan, ada segelintir manusia yang pandang senget dekat saya.

“Takkan artis pakai wira lama? Dah jatuh miskin ke?” katanya dalam satu hantaran di Instagram pada Khamis.

Dalam hantaran tersebut, Jasmin kelihatan sangat gembira menaiki Bobob sambil ditemani suaminya iaitu Nazmir Abdul Rahim.

Meskipun cacian tersebut sering kali dilontarkan, aktres ini memilih untuk tidak mengendahkan hal itu.

“Kenapa eh? Haram ke pakai Wira lama? Kereta buruk? Saya okay sahaja pakai Wira lama, yang awak alahan kenapa?

Jasmin 2

Jasmin mendirikan rumah tangga bersama Nazmir pada November 2021.

“Pada yang banyak cakap tu, nak belikan kereta baru untuk saya ke?

“Kalau tak, tutup mulut dan telinga rapat-rapat,” ujarnya.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply