Pakai Seluar Pendek Hampir Nampak Bont*t, Baju Ketat & Sendat… Penampilan Terkini Yuna Rahim Undang Komen Nakal!

PENAMPILAN pelakon Yuna Rahim ketika mempromosikan produk menjadi perhatian ramai apabila tampil memakai hot pants yang menjolok mata.

Aktres berusia 27 tahun itu dikecam netizen susulan pemakaiannya itu dilihat tidak sesuai apatah lagi ketika ini umat Islam sedang melaksanakan ibadah puasa.

Menjelaskan perkara itu, Yuna atau Shafiqah Husna Abd Rahim berkata, video tersebut diambil sebelum bulan puasa malah dia turut mengenakan sarung kaki berwarna kulit.

328287449_700145018487634_3783951405723808133_n (1)

Yuna Rahim pakai sarung kaki bukannya hanya berseluar pendek.

“Sebenarnya video itu diambil sebelum Ramadan, semuanya hanya iklan dan telah dirancang oleh pihak pengurusan produk tersebut. cuma pakaian itu sahaja pilihan saya.

“Saya mengenakan pantyhose (sarung kaki). Menipulah kulit saya putih melepak macam itu. Sebelum ini pun saya ada rakam iklan menggunakan gaun cuma ramai tak perasan sebab bukan bulan Ramadan,” katanya kepada mStar.

Sehubungan itu, Yuna turut meminta maaf sekiranya pakaian yang dikenakan menerusi video tersebut tidak disenangi ramai dan berjanji akan memperbaiki diri pada masa akan datang.

“Saya minta maaf atas kekhilafan diri saya, atas pemakaian saya. Saya masih cuba untuk memperbaiki diri saya,” katanya.

Saya tutup ruangan komen kerana tak nak mereka terus beri pahala kepada saya.
YUNA RAHIM
PELAKON
Dalam pada itu, pelakon I Love You Mr Clown mengakui terguris hati dengan kata-kata netizen yang mengecam dirinya tentang pemakaiannya itu.

Tambah Yuna, dia bukannya milik orang ramai sekali gus berhak mengenakan pelbagai jenis pakaian yang dia rasa selesa.

317282817_688755696098589_2698244750874158185_n

Yuna Rahim minta maaf tentang penampilannya.

“Saya sebenarnya malas nak layan komen netizen sebab saya bukan isteri, kakak atau adik orang. Dia bersuara macam saya ini milik dia orang.

“Yang komen itu siap kafir-kafirkan saya dengan kata kesat lagi, jadi saya tutup ruang komen kerana tak nak mereka terus beri pahala kepada saya.

“Saya akui saya terasa dan sedih dengan orang kita yang memilih untuk menghukum menjadi tuhan, hidup ini macam roda yang mengata pula makcik-makcik. Baik dia orang utamakan keluarga dulu,” luahnya.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply