Suara Tetap Unggul di Usia 59 Tahun, Begini Keadaan Penyanyi Ijam Medicine Sekarang!

Ijam Medicine

” Di saat penyanyi2 seangkatannya ramai dh pancit, Ijam Medicine masih steady lagi”

Itu antara reaksi peminat sebaik mendengar nyanyian vokalis kumpulan rock popular era 80an – 90an, Ijam Medicine.

Mendendangkan lagu popular mereka, Kerana Cinta yang diterbitkan 35 tahun lalu, ternyata suara Ijam tetap padu dan masih mampu menyanyikan lagu itu dengan baik.

Lantas ia sedikit sebanyak mengubat kerinduan peminat kumpulan Medicine yang sedia maklum penyanyi kesayangan mereka itu sudah lama mengundur diri dari industri hiburan.

Di mana Ijam sekarang?

Sesiapa yang lahir tahun 80-an, pastinya tidak lupa dengan kumpulan Medicine yang popular dengan lagu Tika & Saat ini.

Pada 1992 gejala cetak rompak amat berleluasa. Ini memaksa Ejam berhenti menjadi penyanyi.

Beliau telah menjadi seorang pengajar menyelam selama beberapa tahun.

Sehingga umurnya 37 tahun, bapanya menelefon beliau supaya pulang ke kampung jika ada masalah.

Beliau pulang ke kampung dan disambut mesra oleh bapa beliau. Bapa beliau tahu yang Ejam mempunyai masalah dan mula mengajar Ejam agama.

Kini, penyanyi utama kumpulan Medicine itu telah pun berhijrah ke arah yang lebih baik.

Hanya terima tawaran menyanyi untuk majlis tertentu

” Saya tak boleh nak berhenti sebab saya memang menyanyi dan orang kenal sebagai penyanyi, malah Tok Guru pun cakap jangan berhenti,” katanya.

Demikian perkongsian Ijam Medicine, 59, apabila ditanya sama ada masih menyanyi selepas aktif selepas bergerak sebagai pendakwah bebas.

Ijam atau nama sebenarnya, Norhizam Shair berkata, dia tidak meninggalkan dunia nyanyian, namun hanya terima tawaran menyanyi pada majlis bersesuaian.

” Dahulu saya menggunakan nyanyian untuk melalaikan orang, tapi hari ini, saya nak ganti balik hutang dengan Allah.

” Dengan menggunakan anugerah yang Allah beri, saya mahu ingatkan peminat mengenai Allah.

” Jadi, saya masih menyanyi, tapi pada majlis bersesuaian, bukan acara hiburan.

” Dapat menyampaikan sepatah dua kata perkara yang baik, itu sudah memadai,” katanya kepada BH Online.

Berkat doa ibunya.

” Alhamdulillah, dulu memang saya minta doa emak. Saya minta emak doakan saya sambung kerja abah.

” Abah bertugas sebagai imam, mengajar agama dan al-Quran.

” Berkat doa ibu yang bertakwa, hari ini saya dapat sambung kerja abah dan menjadi pencetus untuk orang ramai dekatkan diri dengan al-Quran,” katanya.

Bukan guru mengaji sebaliknya..

” Saya bukanlah mengajar al-Quran seperti ustaz yang pakar dalam bidang agama.

” Saya menjadi pencetus yang mengingatkan orang ramai mengaji al-Quran itu penting. Esok mati al-Quran akan temankan kita.

” Jadi, saya mahu beri semangat kepada orang ramai supaya terbuka hati belajar dan mendalami al-Quran.

” Kita kena usahakan iman setiap hari supaya tidak lari jauh dari Allah,” katanya.

Tambah bapa kepada tiga cahaya mata, apa yang diusahakan adalah pelajaran dan pengalaman dilalui selama ini.

” Semua ini pengalaman hidup sebab saya pun pernah tersasar. Sebab doa ibu, insya-Allah saya teruskan.

” Dan datang juga pesanan daripada ulama yang menasihatkan semua yang mati pasti akan merasakan maut, jadi saya takut.

” Takut tengah buat ‘lagha’, Allah cabut nyawa. Itu yang menjadi persoalan kepada diri saya setiap hari.

” Saya mahu mati dalam keadaan macam mana dan di mana. Kalau nak mati di masjid kena setiap hari ke masjid.

” Kalau nak mati dalam keadaan husnul khatimah, kena buat perkara yang baik. Sifirnya mudah sebegitu.

” Nabi Muhammad wafat pada usia 63 tahun dan saya sekarang 59 tahun. Berapa tahun sahaja lagi tinggal, esok lusa mungkin tak tahu.

” Sebab itulah saya kena sentiasa menjaga iman dan berusaha melakukan perkara yang baik,” katanya.

Untuk rekod, Ijam pernah berkahwin dengan pelakon juga penulis skrip, Rozie Rashid pada 2003 namun jodoh tidak panjang.

Kemudian, Ijam bertemu jodoh dengan Nor Suhaila Abdul Karim.

Layan video Ijam menyanyi untuk peminat!

Sumber Sinar2u

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply