Siti Saleha Nak Kahwin Lagi, Dedah Lelaki Idaman

Meskipun berdepan kegagalan rumah tangga awal tahun ini, namun pelakon Siti Saleha berkata dia tidak trauma dengan apa yang berlaku.

Memetik Kosmo, Saleha berkata dia juga mendambakan kebahagiaan untuk hidup berpasangan sama seperti wanita lain.

“Siapa yang tak nak kahwin. Mestilah saya pun nak tapi bukanlah sekarang, kena ambil masa. Sejujurnya, saya sendiri memang nak kahwin lagi tetapi kena perlahan-lahan memilih (pasangan). Sabarlah.

“Kalau jadi nanti (kahwin), saya cuma mahukan lelaki yang simple (ringkas). Paling penting boleh terima diri saya dan apa yang saya lakukan kini. Doakan saya,” katanya.

Ditanya mengenai hubungannya dengan bekas suami, Siti Saleha bagaimanapun enggan mengulas lanjut namun mereka bersikap profesional antara satu sama lain.

Siti Saleha berkahwin dengan Ahmad Lutfi Azhar pada Julai 2017, namun pasangan itu sah bercerai talak satu pada 17 Januari lalu.

Bawa watak wanita ada masalah rumah tangga, Siti Saleha akui ada terkait kisah peribadi

MEMEGANG watak seorang isteri dan ibu yang berhadapan dengan masalah kerjaya dan rumah tangga, pelakon Siti Saleha akui ia sedikit sebanyak memberi gambaran terhadap kisah peribadinya.

Saleha atau nama penuhnya Siti Saleha Mohd Baharum, 32, bagaimanapun mengambil sikap profesional dan tolak tepi semua masalah peribadi untuk menjayakakan watak Doktor Suzana dalam drama terbaharu berjudul Love In Lockdown.

“Betul ada sedikit terkait dengan kisah peribadi saya.

“Bagaimanapun seperti mana-mana tawaran berlakon, saya akan letakkan sepenuh jiwa untuk menjayakan sesebuah watak.

“Saya sentiasa bersikap profesional dan tolak tepi kisah peribadi,” ujar Saleha.

siti saleha 2

Saleha ketika hadir ke mahkamah Januari lalu untuk proses lafaz cerai

Untuk rekod, Saleha sah bercerai dengan bekas suami Ahmad Lutfi Azhar pada Januari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Klang.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2017 dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Berkongsi lanjut tentang drama tersebut, Saleha juga amat teruja kerana diberi tanggungjawab sebagai seorang frontliner ketika berhadapan dengan situasi pandemik Covid-19.

Saya sentiasa bersikap profesional dan tolak tepi kisah peribadi

SITI SALEHA

PELAKON

Dia juga menjadikan watak Meredith dalam drama popular Grey’s Anantomy sebagai inspirasi ketika di set penggambaran.

“Watak ini adalah sesuatu yang saya hendak cuba kerana saya boleh rasa bagaimana menjadi frontliner yang bekerja tanpa henti ketika situasi pandemik.

“Sering kali melakukan swab test untuk bekerja, jadi serba sedikit memberi gambaran kepada saya tentang watak ini.

“Selain itu saya melihat bagaimana penatnya watak Meredith yang merupakan seorang doktor sebagai salah satu contoh.

siti saleha 3

Barisan pelakon Love in Lockdown

“Kekuatan watak Doktor Suzana dalam cerita ini mungkin tidak sama seperti diri saya, tetapi sifat sebagai seorang yang sangat suka dengan kerjanya adalah gambaran tentang diri saya,” katanya.

Drama ini turut membariskan pelakon lain seperti Shah Iskandar, Julia Farhana dan pelakon baharu Sara Mack.

Ia bakal ditayangkan bermula 20 Februari secara pensrtiman di platform SOOKA.

Sumber:- mstar

Be the first to comment

Leave a Reply