AC MIZAL BERITAHU KENAPA DIA SUDAH LAMA TIDAK JUMPA ANAK DARI BEKAS ISTERI PERTAMA

Penyanyi, pelakon dan pengacara Datuk AC Mizal mendedahkan yang dia tidak lagi pernah menghubungi atau berkomunikasi dengan anak-anak hasil perkahwinan dengan bekas isteri pertamanya, iaitu Muhammad Shafiq Iman dan Muhammad Shabil Iman.

Menurut AC, sebagai seorang ayah, ada rasa dalam hati ingin bertemu dengan kedua zuriatnya itu. Namun, atas kekangan keadaan, hal tersebut tidak dapat direalisasikan.

“Saya tidak ada komunikasi dengan mereka. Memang tidak ada. Semuanya dah besar. Saya pun lupa bila kali terakhir saya berjumpa dengan mereka.

“Memang sebagai ayah kita nak jumpa. Tapi kita tahu banyak kekangan yang ada yang tidak boleh diceritakan.

Bagi saya, I’m happy. That’s why phone number saya tak bertukar,” katanya kepada Gempak ketika ditemui pada majlis Suke Go bersama Gokingkong di ibu pejabat Suke TV di ibu kota baru-baru ini.

AC mengulas mengenai situasi bersama anak-anak dan bekas isteri, Shafnie Zainuddin selepas isu pembelian kereta jenis Mercedes-Benz sempena hari jadi anaknya bersama Datin Emylia Rosnaida, Muhammad Reeve Damien yang ke-18 tular beberapa bulan lalu.

Menurut cakap-cakap nakal netizen, AC dilihat memanjakan anak bersama Emylia berbanding anak-anak dengan bekas isteri.

Melanjutkan bicara, AC berkata, pembelian kereta buat Damien dilakukan oleh Emylia yang juga Pengerusi Suke TV. Kata AC, pembelian tersebut tidak ada kena mengena dengan dirinya.

“Ceritanya, isteri saya juga pengasas Suke TV. Dia yang belikan untuk anak dia… saya nak cakap apa. Duit dia. Sebab tu kalau orang cakap, saya tak terasa. Lantak koranglah nak cakap apa, yang beli mak dia,” ujar AC sambil tertawa.

Bercakap mengenai kolaborasi dengan Gokingkong AC berkata: ​​“Suke Go akan meningkatkan kefahaman pasukan kami mengenai pengguna, dan ini akan membantu menyesuaikan perkhidmatan kami mengikut keperluan dan minat mereka.

Dengan Suke Go, kedua-dua pihak Suke Shop dan Gokingkong akan dapat memanfaatkan kekuatan, pengetahuan, sumber dan kepakaran masing-masing untuk memperkasakan lagi perkhidmatan kami.

“Suke Shop berharap kerjasama dengan Gokingkong ini dapat meluaskan lagi kehadiran kami dalam industri e-dagang tempatan,” katanya.

Sumber : GEMPAK.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply