Pelakon Fattah Amin dan bekas isterinya sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila dilihat meluangkan masa bersama puteri kesayangan mereka, Nur Fatima Aisya.
Menerusi sekeping foto yang tular di media sosial, kedua-duanya dilihat hadir bersama sambil memegang tangan Fatima, sekali gus mengundang rasa gembira dalam kalangan peminat.
Menerusi perkongsian di media sosial, detik istimewa itu menjadi kenangan bermakna buat Fatima Aisya apabila dia berpeluang berkongsi kegembiraan bersama ibu dan bapanya pada acara berkenaan.
Fatima, 6, turut berkongsi keterujaannya menyambut Hari Kebudayaan tahun ini, termasuk pengalaman membuat persembahan yang berjaya membanggakan kedua-dua ibu bapanya.

Rata-rata netizen menyifatkan momen tersebut sebagai satu pemandangan yang cukup indah, lebih-lebih lagi apabila kedua-dua ibu bapa itu dilihat mengetepikan segala perkara demi kebahagiaan anak mereka.
Ruangan komen turut dibanjiri doa dan kata-kata positif daripada orang ramai yang berharap Fattah dan bekas pasangannya itu akan terus memberikan kasih sayang serta sokongan kepada Fatima walau apa jua keadaan.


“Saya mempunyai pengalaman yang paling bermakna pada Hari Kebudayaan tahun ini bersama mommy (Fazura) dan daddy (Fattah).
“Saya telah membuatkan ibu bapa saya begitu bangga dengan persembahan saya.
“Saya juga sempat menyediakan sandwic untuk mommy dan yogurt buah-buahan untuk daddy,” tulisnya.
Dalam pada itu, Fatima turut berkongsi bahawa dia sempat menyediakan sandwic untuk ibunya serta yogurt buah-buahan untuk bapanya sebagai tanda penghargaan.
“Hari ini (Sabtu), mommy dan daddy turut berpeluang melihat hasil kraftangan saya di sekolah, dan saya sangat teruja untuk terus belajar dengan lebih rajin sebagai persediaan melangkah ke Tahun 1 pada tahun hadapan.
“Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah atas segala nikmat dan peluang yang diberikan,” ujarnya.
Kehadiran kedua-dua mereka pada acara tersebut turut mendapat perhatian ramai kerana memperlihatkan komitmen Fazura dan Fattah dalam memberikan sokongan terhadap perkembangan serta perjalanan pendidikan anak mereka.
Sumber Mstar
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.