Mlm Tu Suami Teringin Sgt Nk “Bersama”, Aku Bg belakang je. Aku Geram

Foto sekadar hiasan. Assalam semua pembaca. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Zaman kini memang dah biasa wanita bekerja. Malah ada yang wanita mempunyai gaji lebih besar dari suaminya. Sekiranya eg0 berjaya dikawal dan mengetepikan status kerja dalam keluarga, selalunya boleh hidup bahagia seperti biasa, namun jika eg0 menguasai diri, boleh musnah rumah tangga.

Ini merupakan kisah benar seorang isteri yang amat menyesali perbuatannya terhadap suami sehingga menghalau suami dari rumah. Apa yang berlaku selepas kejadian itu tidak dapat ditarik balik.

Jom kita baca kisah ini, dan jadikanlah teladan serta pengajaran buat kita. Assalamualaikum readers. Benda ni boleh dijadikan pengajaran buat isteri2 di luar sana.

Moga pengalaman dan penyesalan yang aku kongsikan mungkin mampu mengelakkan rumah tangga orang lain dari kemusnahan seperti rumah tangga aku. Mintak maaf jika post aku panjang berjela. Aku ceritakan secara detail untuk difahami oleh semua.

Aku masih muda, 26 tahun. Berasal dari keluarga berada dan suami aku anak tunggal juga dari keluarga yang senang. Sekarang ada seorang anak. Berkahwin semasa umur 21.

Salah aku sendiri aku berkahwin awal disebabkan aku terpeng4ruh dengan kebahagiaan dan kisah indah kawin awal orang lain.

Jadi bila suami aku (esok jadi ex-suami) ajak kawin aku terus bersetuju. Padahal aku masih muda, mentah, noob, tak prepare dan tak study pun about what its like to be a WIFE.  salah aku.

Memang salah aku. Salah aku sebab aku ingat berkahwin itu mudah, menjadi isteri solehah itu mudah.

Sekarang aku tahu menjadi solehah tu adalah benda paling susah aku pernah buat.Selepas berkahwin aku teruskan pengajian aku yang bebaki setahun. Belum sempat konvokesyen aku dah bekerja. Mungkin rezeki anak masa tu. Kerja aku pulak starting dah 3k.

Bagi orang yang baru grad tinggi jugak la gaji aku. Suami aku pulak kerja biasa, technician. Memang gaji aku lagi tinggi daripada suami aku.

Mula berkahwin memang kami dah problem. Aku fikir, this is normal since we dont know each other quite well. Main kawin je konon bercinta lepas nikah.

Selama kami bergduh, suami aku yang banyak sabar. Diamkan bila aku marah. Aku yang bran. Pantang salah sikit, sampai suami aku mandi lama pun aku bising. Mula berkahwin niat nak menjadi isteri solehah sangat tebal.

Aku pakai cantik depan suami, lemah lembut, layan suami macam raja. Ada la untuk 6 bulan pertama perkahwinan. Makin lama makin teruk perangai aku. Hari2 aku marah suami aku. Bila aku fikirkan balik dan muhasabah diri aku, kesalahan memang banyak pada aku.

First, disebabkan gaji aku lagi tinggi dari suami aku jadi eg0. Aku rasa aku boleh hidup tanpa suami. Sewa apartment aku yang bayar semua, termasuk bil, ansurans kereta, makan, minum, susu dan lampin anak.

Suami aku cuma setelkan insurans anak dan yuran taska anak aku. So aku rasa i can live without him. Tapi aku salah. Sunyi nya hidup tanpa peneman. Walaupun suami aku tak mampu dari segi kewangan, tapi suami aku penyayang sangat.

Yes i can physically live without him, tapi aku tersiksa sebab aku dah keh1langan sumber kasih sayang aku.

Kesalahan aku kedua adalah i never believe in him. Suami aku ni memang suka berbisness. Tapi aku tak pernah memberi kepercayaan kepada bisness dia. Aku rasa dia buang masa dan dia takkan berjaya buat bisness.

Suami aku selalu cakap yang dia berbisness bukan sebab nak kaya tapi sebab ini sunnah dan dia nak tolong orang. Bisness suami aku pulak bisness consultant. Banyak consultation dia cas rm20-50.

Bagi aku nak dapat untung celah mana kalau sikit macam tu. Suami aku cakap dia nak membantu sebab tu dia cas murah.

Dia pulak tak cukup capital untuk kembangkan bisness dia sebab tu bisness dia tak bekembang. Dia tak pernah mintak aku buat loan atau mintak duit aku sesen pun untuk bisness dia. Ketiga aku asyik rasa macam aku adalah isteri yang serba cukup.

Aku asyik rasa sepatutnya suami aku bersyukur dapat aku sebagai isteri. Aku boleh la dikatakan ada rupa, krus, berkulit cerah, kerja ok dan hari2 aku masak untuk anak dan suami siap bawak bekal lagi. Bab makan memang aku jaga.

Aku masak special hari2. Sepanjang berkahwin aku tak pernah bagi suami aku makan kicap n telur sahaja. Paling lekeh pun aku akan masak masak sup ayam.Aku lupa yang tanpa suami aku yang mudahkan kerja aku tak mungkin aku boleh masak untuk dia dan anak.

Suami aku yang basuh pingan, vacuum rumah, basuh dan sidai kain (aku cuma lipat je), buang sampah, sediakan susu anak, bangun malam2 kalau anak nak susu dan macam2 lagi.

Ya aku buta. I kept saying yang apa yang suami aku buat adalah tanggungjawab dia, memang patut dia buat apa yang dia buat.

Sekarang bila dah terlambat baru aku nampak kebaikkan dia. Sumpah aku menyesal sangat sekarang. Rumah tangga aku mula runtuh bila aku cek history phone suami aku aku nampak dia google gambar luccah.

Aku terus srang dia dan masa itu lah dia betul2 meletup kat aku. Dia bgtahu selalu kalau dia teringin time tido, aku cuma berpaling membelakangi dia sebab penat bekerja mendorong dia lakukan perkara itu.

Semua dia luahkan sedangkan sebelum ni dia cuma bersabar dengan aku. Disebabkan eg0 tercabar aku pun halau dia keluar. Sampai saat ni aku rasa bersalah sangat pada suami aku. Kemaatian parents dia menjadi kemuncak kebencian dia pada aku.

Sampai saat ni aku menagis bila teringat benda ni. Kalau tak kerana aku halau dia, dia takkan balik kampung dan his parents might still be alive.

Bila parents dia meningal kesemua rumah sewa, tanah, barang kemas dan duit simpanan parents dia yang warisi. Suami aku memang kuat semangat. Dia laburkan duit pusaka untuk bisness dia.

Dalam masa setahun perniagaan dia bertambah maju. Aku cuba pujuk dia kembali pada aku. Bukan disebabkan dia kaya tapi sebab aku menyesal dengan perbuatan aku.

Aku rindu sangat pada suami aku. Rindu dia pluk aku setiap malam sedangkan aku selalu membelakangkan dia.

Memang rindu pangilan “sayang” pada aku yang tak pernah lekang dari mulut dia walau sekali sampai lah kami berpisah. Aku rindu dia sangat2 Allah sahaja yang tahu. Tapi dia dah tak ada perasaan pada aku. Pandang aku pun tak hingin.

Aku berharap kalau lah ada isteri di luar sana yang mempunyai eg0 sama dengan aku, bar4n sama dengan aku, buta hati sama dengan aku, sedarlah sebelum terlambat.

Jagalah “eg0” suami anda. Kalau rasa nak marah, ingatlah kembali budi dia pada anda. Macam mana kita rasa diri ini bagus, suami tetap di atas.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, ramai yg kongsi pengalaman dan bagi nasihat

Yati Salim, Aku tumpang sedih dgn kisah kau, tp dah terlambat utk menyesal. Aku pun kawin awal…umor 20, mmg menguji sgt kawin muda ni…tp sume tu dah berlalu 17 tahun…

kerana sayang, kerana tolak ansur (klu aku marah suami mengalah, klu suami marah aku mengalah) dan kerana kuatnya ikatan sbb anak2 kami berjaya kekalkan perkahwinan.

Eg0 hanya memburukkan keadaan, skrg ni pun klu aku rasa nk marah aku istighfar je, aku tak nak syitan melonjak kesukaan klu kami bergduh….

Buat confessor, jikalau ade keajaiban andai kata esok suami nk kembali pd anda, ubahlah perangai. Tp jika itu tidak berlaku, jagalah anak anda baik2 dan tabahlah tempuhi hari2 mendatang dan terimalah hakikat kesilapan anda lah pencetus eg0 suami…

Ana Ahmad, aku x kutuk kau, aku x sebelahkan suami kau, aku cakap ni utk both side lah.bagi nasihat n positive thinking,(sebab hal umh tangga ni,sesiapa pun tiada jaminan bahagianya smpi m4ti..itu urusan Allah.

semoga suami kau..terbuka hati maafkan kau dn ingat balik jasa kau walaupun sedikit.at least semasa dia bersama kau,kau x abaikan makan pakai dia.n dia pun patut bersyukur n berterima kasih kat kau, sewa umh segala bagai kau yg tanggung wlaupun itu bukan tanggungjawab kau.

sdgkn org lain,wlaupun gaji suami kecik,suami tanggung semua,istri relax je..mana ada manusia yg perfect.1 je bagus kau..kau dah sedar diri dan mengaku salah.itupun suami kau patut fikir jgk.masing2 ada silap dan ada betul..give and take lah..bab parents dia mennggal tu.

kalau suami kau iman dia kuat, dia akan percaya pada qada n qadar Allah..dan klau dia kuat iman jugk,dia xkan tgok benda2 lucah mcm tu. apapun, semoga suami kau boleh terima kau balik dan sama2 betulkan kesilapan…kesilapan sesama manusia dan kesilapan dgn Allah ..samada yg sedar atau tidak sedar.ok.

Arif Fatri, semoga masih ada sinar di dalam hidup kamu dik untuk kembali bersama suami. Good Luck, tak tahu nak cakap apa sebab sendiri yang menjadi punca…kesilapan paling besar ialah bila kamu menghalau suami sendiri…plus bila kamu mula memikirkan yang kamu boleh hidup tanpa suami serta mula merendah-rendahkan kemampuan suami then itulah pemula kederhakaan kamu kepada suami.

Abg ada baca dan dengar satu ceramah, walau serendah manapun pendapatan suami berbanding isteri, kamu tetap kena hormat dan taat. In fact kalau suami kurang beri sumbangan dalam keluarga dan kamu pula lebih sepatutnya kamu belajar redha dan anggap itu sedekah utk suami…

kamu rugi dik…doalah dan banyakkan solat hajat agar suami kamu lembut hati untuk kembali kepada kamu dan memulakan semula kehidupan kamu dengan dia.

Andai dia kembali bersama kamu, tolong berubah menjadi isteri solehah yang berbakti kepada suami yang memberi ketenangan kepada suami bukannya yang mendesak dan curiga serta memberi tekanan kepada suami.

Kahwin awal tak pe…no issue tapi attitude kamu yang kena betul dan diletakkan pada tempatnya. It is not about kahwin awal atau apapun sebenarnya tapi it is all about attitude dan keikhlasan kamu dalam berbakti dan menyumbang dalam keluarga.

Muhasabah diri dan betulkan diri sendiri. Banyakkan solat taubat dan hajat serta mohon agar Allah SWT lembutkan hati suami untuk kembali menerima kamu sebagai isteri. Banyakkan qiamullai, masa untuk kamu kembali kepada Allah SWT.

Jangan mudah putus asa dari Allah SWT. Semoga Allah SWT memudahkan jalan hidup kamu dan semoga kamu diberi peluang ke dua oleh suami kamu yang bakal menjadi bekas suami.

Semoga pencraian itu tidak berlaku atau kalau berlakupun, suami kembali terbuka untuk rujuk balik dengan kamu sebagai suami isteri kalau tidak sebab kamupun biarlah sebab anak.

Akimi Husna, Mula2 aku rasa nk caci maaki je kau,, tp bila baca suami kau google gambar lcah?? Tiada maaf bagi mu dah suami,, tu dah masuk kategori ke arah cuurang dah sbb tgk lcah2 pompuan lain.dah kantoi baru nk meletop…

lg satu, kau xleh salahkan kem4tian parents dia atas sbb kau.benda tu ajal,, kalau parents dia x mti eksiiden tu pon,, mungkin akan mti tmpt lain.sbb dah ajal.x cepat atau lewat sesaat.x kira di mana.

Siti Umirah, No more second chance…bila dh melibatkan kem4tian org yg die sayangi…maybe dh takdir..tpi malangyer dia jdi penyebab…

doa2 kan sye dan keturunan xjdi sebegitu…aminnn…buat solat istikharah dn mnx petunjuk apa yg awak perlu buat…dan bertaubat lah mnx maaf ngn ALLAH dan jgak dia

Omar Hamzah, Pempuan mmg mcm tu. Apa yang suami bagi setiap bulan tak nampak. Yang dia tahu tu nafkah, tanggungjawab suami. Dia tak tahu yang suami kerja mcm nak maati nak bagi nafkah tu.

Yang dia nampak kalau suami bagi hadiah handbag, bagi hadiah barang kemas, baru la berlembut dengan suami seminggu dua.

Ummu Maryam, Ini antara confession trbaik sy pnh bce..pnuh dgn pengajaran dan iktibar..time kaseh krn mngingatkn sy..kdg2 mmg xleh dielakkan brperasaan mcm tu klu gaji lbih dr suami..

kne sntiasa pjuk hati utk meredhakan pemberian..plih fikiran yg baik2..doa yg baik2..insyaallah yg dtg pn baik2.

Hanim Mansor, jodoh ketentuan illahi… kalo ada jodoh lg.. maka bertemu lg.. kalo takde… bercrai la cara baik. saya pun pernah bercrai ngan suami.(crai cara baik ).. pastu kawen ngan org lain… then jodoh tak panjang gaks..

bercrrai cara baik gaks. then kawen balik ngan suami pertama sblm ni… kalo dah berjodoh lari kot mana pun ketemu lg… alhamdulillah pengajaran dan kesilapan sblm ni jadi teladan.

Nini Kusyairi, Puan confessor, umur puan masih muda, perjalanan puan masih jauh. Puan tak dapat mengubah kisah silam puan tapi puan boleh ubah masa depan puan untuk menjadi lebih baik dengan mengambil pengajaran daripada perjalanan yang pernah puan lalui ni.

Apa-apa pun terima kasih kerana menceritakan kisah ni supaya saya sebagai wanita dan bakal-bakal isteri yang lain ambil pengajaran, preparing ourself dan bukan mudah nak jadi solehah sbrnanya (sebelum kahwin mmg feel nak solehah taat semua).

Hanya kita je boleh ubah diri sendiri. Moga iman dan ilmu yang kita ada dapat kita bekalkan untuk menjadi manusia yang lebih berguna. Terima kasih puan confessor.

Izati Akma, akak doakn suami ko x jd lafaz crai dan korang akan rujuk blk. wlupun besar mana dugaan rumah tangga korang, jgn putus harapan dan sentiasa mohon pada Allah ye. byk2 doa, sujud minta pada Allah supaya suami lembut hati balik.

walaupun ambil masa inshaAllah in the end it’ll worth at all.pedulikan komen negatif, sume org pernah wat salah tp x bermakna semua org x blh berubah. dia mungkin sgt terluuka dgn apa yg nurul buat, but tak mustahil utk dia memaafkan dan menerima. good luck.

Sumber :- KisahRumahTangga

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply