Ini Sebab Kenapa Netizen Ramai Tidak Puas Hati Dgn Juri Hetty Koes Endang Bila Beri Komen Pada Shila Amzah

Juri tetap Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Hetty Koes Endang dilabel ‘bias’ apabila memberikan komen positif kepada Shila Amzah pada konsert separuh akhir malam ini.

Usai persembahan, Hetty tampak gembira dengan persembahan Shila yang membawakan lagu Sang Dewi nyanyian asal Titi DJ.

“Kalau seorang peserta tidak mampu menyanyikan lagu ini dengan teknik yang betul memang habislah.

“Segala teknik, pernafasan, penjiwaan lagu, dan nada tinggi sangat berhasil,” komen penyanyi Indonesia itu.

Namun, rata- rata netizen dalam gelanggang Twitter tidak berpuas hati dengan persembahan pelantun lagu Patah Seribu itu.

“Nyanyian Shila tidak cukup lancar pada malam ini.

“Saya minta maaf tapi persembahan Shila agak teruk malam ini. Bonda (nama gelaran Hetty) sangat ‘bias’.

“Bonda tidak memaklumkan perkara yang sebenar tentang persembahan Shila,” beberapa ciapan netizen dalam media sosial.

Pada minggu separuh akhir, Shila memenangi Bintang Cuckoo Paling Gempak manakala Anugerah Next Level Digi milik Dina Nadzir.

Hadir beri sokongan pada Shila Amzah di GV9, ND Lala dan isteri lenyapkan spekulasi rumah tangga bermasalah.

KELIBAT ibu bapa penyanyi Shila Amzah iaitu Datuk ND Lala dan isteri Datin Fauziah Sarman yang hadir ke peringkat separuh akhir Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) pada malam Ahad mencuri tumpuan.

Kehadiran kedua-dua mereka sekali gus melenyapkan spekulasi bahawa rumah tangga penyanyi era-80 itu yang sebelum ini dikatakan sedang dilanda bermasalah.

Apatah lagi, kelibat ND Lala yang sebelum ini sering berada di sisi Shila tidak lagi kelihatan termasuk sepanjang penyanyi itu menyertai GV9.

WhatsApp Image 2022-11-20 at 10.30.10 PM

Shila ketika membuat persembahan pusingan pertama.

ND Lala sebelum ini menjadi tulang belakang Shila ketika menyertai pertandingan nyanyian di China iaitu Asian Wave musim pertama dan I Am A Singer musim kedua.

Turut hadir adalah adik Shila yang juga penyanyi Shada Amzah.

Sebelum ini Shila pernah menafikan ibu bapanya sudah berpisah namun mengakui perkahwinan ibu bapanya sedang diuji selepas 33 tahun mendirikan rumah tangga.

Pada peringkat separuh akhir yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam itu, Shila akan menyampaikan lagu Sang Dewi nyanyian asal Titi DJ dan lagu duet bersama Jaclyn Victor, Sampai Bila (Misha Omar).

VIDEO:

Sumber kosmo.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment

Leave a Reply