Teka-teki mengenai tarikh pernikahan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan pelakon Bella Astillah terus menjadi perhatian selepas pasangan itu dilihat berkunjung ke pejabat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya, kelmarin.
Walaupun tujuan sebenar kunjungan berkenaan tidak didedahkan, ramai membuat andaian Syed Saddiq dan Bella hadir bagi menyerahkan kad undangan perkahwinan kepada Dr Mahathir serta isterinya, Tun Dr Hasmah Mohamad Ali.
Pertemuan tersebut sekali gus mencetuskan spekulasi dalam kalangan peminat bahawa majlis pernikahan pasangan sensasi itu mungkin akan berlangsung dalam masa terdekat.
Malah, ada yang meramalkan Syed Saddiq dan Bella bakal memilih Sabtu, 8 Ogos ini kerana tarikh ‘8.8.26’ dianggap mempunyai kombinasi nombor yang cantik. Angka dua dan enam yang mewakili tahun 2026 juga jika dicampurkan akan menghasilkan angka lapan.
“Saya fikir tarikh itu sudah tak lama. Mungkin bulan depan mereka bernikah… Selalunya macam itulah,” tulis seorang peminat di media sosial.
Dalam masa sama, segelintir netizen berpendapat pasangan itu mungkin memilih 30 Ogos, iaitu sehari sebelum sambutan Hari Kebangsaan. Ada juga yang membuat andaian majlis pernikahan mereka bakal berlangsung pada Oktober depan.
Bagaimanapun, sebahagian peminat menolak kemungkinan majlis tersebut diadakan pada Disember walaupun bulan berkenaan merupakan bulan kelahiran Syed Saddiq.
Ini kerana Syed Saddiq sebelum ini dikatakan pernah memaklumkan bahawa perkahwinan mereka tidak akan berlangsung pada penghujung tahun.
“Tidak fikir Disember sebab YB Syed Saddiq sendiri pernah cakap, bukan hujung tahun. Mungkin ketika cuti sidang Parlimen kerana YB Syed Saddiq tidak akan ponteng persidangan,” komen seorang lagi netizen.
Berdasarkan kalendar persidangan Dewan Rakyat, sidang Parlimen kini berehat panjang bermula 17 Julai lalu sehingga 4 Oktober depan.
Sumber BN
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.