PakNil Kongsi Keadaan Terkini Zamani, Tak Sangka Begini Keadaan Zamani Selepas Pembedahan

Pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi dilihat memuatnaik satu perkongsian di Instagram mengenai keadaan terkini penyanyi, Zamani Slam yang sebelum ini telah selamat menjalani pembedahan tulang belakangnya yang membengkok atau lebih dikenali sebagai penyakit Scoliosis di sebuah pusat perubatan swasta di Cheras, awal November.

Badan Zamani kembali tegak selepas pembedahan, diminta rehat lebih lama

“Dapat Intai Dari Jauh Keadaan Zamani..”

Menurut Aznil, beliau menitipkan rasa syukur setelah melihat keadaan terkini Zamani menerusi Insta Stories isterinya, Juliana yang menunjukkan Zamani sudah dapat berdiri dan berjalan dengan sempurna.

“Alhamdulillah. Dapat intai dari jauh keadaan @zamanislam dan tengok dia dah sihat dan susuk tubuh kembali normal. Terima kasih yang memberi sumbangan dan yang tak putus-putus berdoa.”-Tulis Aznil

Dibanjiri Ucapan Syukur Peminat

Hantaran Aznil atau mesra disapa sebagai Pak Nil turut dibanjiri dengan ucapan syukur oleh peminat, malah ramai yang turut meluahkan rasa kagum terhadap Pak Nil sebelum ini yang pernah membuka akaun peribadinya untuk mengumpul dana orang ramai bagi membiayai kos pembedahan Zamani.

“Alhamdulillah. Berita yang sangat ditunggu-tunggu untuk lihat perkembangan dia. Terima kasih banyak-banyak Pak Nil buka peluang untuk buka tabung sama-sama bantu abang Zamani. Semoga segala kebaikan Pak Nil menjadi saksi di akhirat aaminn.”

Badan Zamani kembali tegak selepas pembedahan, diminta rehat lebih lama

“Alhamdulillah terima kasih buat Pak Nil juga, atas usaha Pak Nil. Semoga Zamani terus sihat hendaknya. Kembali bersinar seperti dulu-dulu.”

“Syukur la semua dah pulih. Pak Nil wajar dijadikan contoh untuk masyarakat . Membantu dengan apa juga cara.”

Sekadar info, Aznil Nawawi sebelum ini telah membuka akaun peribadinya untuk mengumpul dana orang ramai bagi membiayai kos pembedahan Zamani. Jelas Pak Nil, beliau akui berasa runsing jika Zamani terpaksa bekerja keras untuk mengumpul dana, kerana ia akan lebih memudaratkan keadaan kesihatannya.

video

Sumber Murai

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply