Sekali lagi nama pensohor media sosial yang juga bekas isteri kepada penyanyi Virgoun, Inara Rusli telah mencuri perhatian netizen di Indonesia apabila dia dilihat memuat naik foto di tab mandi.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Inara telah mendapat pelbagai respon dan kritikan daripada netizen Indonesia yang mendakwa dirinya semakin berani menunjukkan aurat kepada umum.
Bukan tu jer, bahagian kaki Inara juga dikatakan terdedah dan membuatkan ramai orang tampil mengecamnya di ruangan komen.
Kata netizen, posing seperti itu tidak sesuai dibawa oleh seorang wanita yang bergelar muslimah apatah lagi Inara pernah berpurdah sebelum ini.
Malah ada yang merasakan Inara akan membuka hijab sepenuhnya tidak lama sahaja lagi.
Mengimbas kembali, nama Inara mula mendapat perhatian setelah bekas suaminya yang juga penyanyi lagu popular ‘Surat Cinta Untuk Starla’ itu berlaku curang.
Setelah bercerai, wanita itu yang pada mulanya berpurdah mengambil keputusan untuk tidak lagi memakainya kerana ingin mencari rezeki sebagai ‘influencer’ di media sosial bagi menyara kehidupan bersama tiga orang anaknya.
Sumber BN.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.