Linda, Beego sah cerai talak tiga, rupanya ini sebab kenapa Beego lafazkan cerai juga

SELEPAS setahun lebih berjuang, pelakon Linda Hashim dan juga aktor Beego akhirnya sah bercerai talak tiga kira-kira 10.47 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis.

Linda atau nama sebenarnya Norhaliza Hashim, 42, berkata dia bersyukur apabila Beego dengan rela hati melakukan lafaz tersebut bagi menyelesaikan kemelut mereka yang sudah lama tertangguh.

“Dia lafaz, hari ini dia gentleman lafaz sebab kes kami sudah nak masuk hakam. Jadi sebelum masuk dia buat keputusan untuk cerai hati ini.

“Jadi saya akan mulakan edah hari ini selama tiga kali suci,” katanya kepada mStar.

Berkongsi mengenai kejadian di dalam ruang mahkamah, Linda memberitahu mereka memilih untuk tidak bersalaman namun dia banyak meninggalkan pelbagai pesanan buat Beego.

“Kami tidak bersalaman cuma saya ada sedikit pesanan buat dia agar sama-sama jadi ibu bapa yang baik dan jaga anak sebaiknya. Saya pun berterima kasih sebab hari ini dia sangat gentleman.

“Sebelum ni ego dia sangat tinggi, dia tak nak lepas,” kongsinya.

Kata Linda, sebaik sahaja mendengar Beego membaca lafaz, dia terasa tenang selain segala beban yang dipikul selama lebih tahun berjuang akhirnya hilang.

“Sudah setahun lebih kami berperang bila pengakhirannya macam ini saya sangat tenang, rasa bersyukur sangat-sangat,” ujarnya.

Untuk rekod, sejak Januari tahun lalu, rumah tangga Linda dan Beego atau Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, menjadi perhatian ramai apabila aktres berkenaan memfailkan perceraian atas alasan tiada persefahaman.

Mereka juga pernah bercerai pada 27 Mac 2023 namun kembali rujuk pada 9 April 2023.

Linda bagaimanapun mendakwa mereka bercerai kali kedua selepas beberapa bulan rujuk, namun kembali bersama tidak lama selepas itu.

Beego dan Linda mendirikan rumah tangga pada Jun 201 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.

Sumber Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply